BAB 10

Romance Completed 1364

“Mak cik, tunang terus tak boleh ke?” Aku bertanya sambil mengelap air mata. Terus Mak Cik Ramlah dan tetamu yang lain ketawa. Aku pulak tersenyum sumbing. Err... gatal sangat ke aku tanya soalan macam tu? Okey, aku mengaku! Memang gatal pun! Haih!

“AKU terima nikahnya Nurul UmaDirah binti Rashid dengan mas kahwin RM80 tunai...” Kata Hizwan dengan lancar.

“Sah?”

“Sah!”

“Alhamdulillah...” Tok kadi membacakan doa. Aku tersenyum lega sambal memandang ke arah Hizwan yang sudah sah menjadi suamiku. Begitu kacak sekali dia mengenakan sepersalinan baju melayu berwarna putih. Kemudian Hizwan bangkit dari duduknya dan menghampiri aku yang duduk tidak begitu jauh darinya. Jari aku dicapai lalu dia menyarungkan sebentuk cincin bermatakan sebutir berlian.

Tangannya aku kucup sebelum dahiku diciumnya lama kerana Farid, adik kepada Hizwan sibuk nak menangkap gambar dia ketika mencium dahi aku.

“Comel sayang Kachak, saya sayang awak.” Perlahan Hizwan berbisik di telinga aku sebaik saja majlis pernikahan kami selesai. Sekarang ni kami dalam perjalanan balik ke rumah aku.

Aku hanya tersenyum. Malu nak balas balik apa dia cakap.

“Balaslah...”

“Balas apa?” Aku berpura-pura tanya. Dah tahu sebenarnya.

“Cakaplah yang Dirah pun sayang abang.” Dia masih berbisik lembut di telinga aku. Aku mula menelan air liur. Abang?! Alahai...

“Err... malulah dekat sini. Mak dengan ayah dengar karang.” Dia memandang mak dan ayah yang duduk di hadapan. Tiba-tiba Hizwan tersenyum nakal.

“Bisik jelah kat telinga abang ni.”

Aku menggigit bibir sambil mendekatkan bibir ke telinga dia.

“Dirah sayang abang jugak!”

Dia ketawa kecil sambil menggenggam tangan aku. Aku hanya menunduk malu. Tak sangka dah kahwin dengan Hizwan. Malunya! Dan kami bernikah pada 10 Disember 2010. Hadad langsung tak nampak bayang muka pun.
Selepas aku cakap yang aku akan berkahwin dengan Hizwan, dia tak percaya sebab dia cakap aku tipu. Lepas mak dengan ayah aku masuk campur, terus dia percaya. Dia berjanji yang dia takkan kacau aku lagi dan mendoakan supaya aku dan Hizwan berbahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience