BAB 7

Romance Completed 1364

“Err... Dirah malu nak cakap dengan mak.”

“Ke kamu menipu mak, Dirah?” Mak memandang aku dengan tajam.

“Dirah!” Tiba-tiba Hizwan muncul di depan muka pintu. Mengejutkan aku yang tengah gelisah nak jawab soalan mak.

“Apa?”

“Saja nak kacau kau. Hahaha!” Hizwan ketawa sambal membetulkan topi di kepalanya. Aku mengetap gigi. Aku luku kang baru tahu!

Aku mengerling ke arah Hadad yang sedang memandang Hizwan. Spontan aku menghampiri Hizwan dan mengenyit mata ke arahnya. Ya! Idea sudah mari!

“Ni bakal tunang saya.”

Mata Hadad terbeliak. Aku tak berani nak pandang Hizwan sebab aku boleh rasa yang dia tengah tengok aku macam nak telan.

“Tunang?”

“A’ah. Sebelum sekolah bukak nanti, kami akan bertunang. Kalau tak percaya, tanyalah dia.” Aku menjuihkan bibir ke arah Hizwan yang kelihatan tenang berbanding tadi. Dia kembali menayangkan muka tak ada perasaannya.

“Betul ke kau nak bertunang dengan dia?

“Taklah.”

Aku memandang Hizwan dengan mata yang terbeliak. Alah, takkan kau ni bengap sangat, Iz oi! Berlakonlah! Berlakon! Huwaa! Mak dengan ayah pun dari tadi senyap je. Mungkin tak nak masuk campur dalam masalah kami yang muda-muda lagi ni. Ataupun terkejut sebab aku cakap Hizwan ni bakal tunang aku?

Hadad mengerling ke arahku sambil tersenyum. Seronoklah tu dapat tahu aku tipu dia! Semua kau punya pasal Iz! Benci betul aku!

“Jadi kau dengan dia memang takde apa-apalah kan?” Hizwan tersenyum sinis.

“Aku tak habis cakap lagilah. Aku dengan dia memang tak bertunang tapi nak kahwin terus. Mungkin ada jugak majlis bertunang tu nanti tapi lepas tu terus nikah. Benda yang baik tak elok ditangguhkan. Lagipun banyak dugaan kalau bertunang lama-lama ni.” Balas Hizwan sambil mengenyit mata ke arahku. Spontan aku menekup dada. Wah, bukan main ayat kau Iz!

Aku nampak yang Hadad dah terkedu. Gaya macam orang yang tengah tercekik tulang ikan pun dah ada. Aku ketawa dalam hati.

“Jemputlah datang ke majlis kami nanti. 10 Disember. Datang ye.” Sambung Hizwan lagi.
Kali ni bukan setakat Hadad yang terkejut, dengan aku sekali dah terkejut. Siap beri tarikh lagi tu! Macam betul je aku nak nikah dengan dia.

“A’ah. Datanglah nanti.”Aku tersengih.

Hadad hanya tersenyum tawar. ”InsyaAllah. Mak cik pak cik, saya balik dulu.” Hariz berpaling memandang ke arah mak dan ayah. Mak dan ayah hanya mengangguk kepala sambil tersenyum.

“Senang-senang datanglah lagi ye, Hadad.” Kata ayah sambal menemaninya sehingga ke kereta. Aku hanya ketawa. Nak ke dia datang sini lagi?

“Kamu berdua ni pulak!”

Aku tersentak apabila mendengar suara mak.

“Kenapa mak cik?”

“Kenapa tak cakap nak kahwin? Tiba-tiba je buat keputusan. Lagi 3 minggu je majlis tu. Banyak benda nak kena buat. Bunga telur, pelamin, baju pengantin… haih. Dirah, Dirah kenapa tak cakap dengan mak yang kamu nak kahwin dengan si Iz ni?”

Aku dengan Hizwan saling berpandangan sebelum aku ketawa. Senak perut ketawa banyak-banyak ni.

“Mak, tadi tu berlakon jelah.” Kata aku sambil menekan perut.

“Siapa kata?” Tanya Hizwan perlahan. Mata dia merenung aku dengan tajam.

Ketawa aku terus mengendur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience