BAB 11

Romance Completed 1364

Aku melentokkan kepala di bahu Hizwan sambil memerhatikan Comel dan Kachak yang sedang meragut rumput. Tanganku pula digenggam erat oleh Hizwan. Angin yang bertiup amat menyamankan.

“Suka tengok Comel dengan Kachak.” Ucapku sambil tersenyum.

“Abang pun.”

Perlahan-lahan aku bangkit lalu menghampiri Kachak dan Comel. Diusap-usap lembut kulit mereka. Hizwan yang pada mulanya hanya melihat, datang menghampiri Kachak lalu diusap kulit lembu kesayangannya itu.

“Terima kasih Kachak. Sebab tolong aku jumpa dengan Mama Comel ni. Kalau bukan sebab kau, mesti aku dah frust menonggeng!” Kata Hizwan sambal tersengih. Aku pulak terus ketawa kecil.

“Betul tu Kachak. Terima kasih sebab selalu menggatal dengan Comel walaupun aku asyik marah kau je. Kalau tak, mesti orang tu frust menonggeng!” Balasku masih lagi ketawa.

“Kutuk abang ye. Siap Dirah!” Hizwan mula berlari ke arahku. Sambil ketawa, terus aku berlari menjauhinya. “Abang dapat Dirah nanti, siaplah!” Laung Hizwan turut ketawa. Aku hanya tersenyum sambil bersembuyi di belakang Comel dan Kachak.

“Akak, abang! Dahlah tu main-main! Dah kahwin pun macam budak-budak lagi.” Jerit Farid kuat sambil menggeleng kepala. Aku dan Hizwan hanya tersenyum sumbing. Ala, apa salahnya nak jadi budak-budak? Bukan selalu pun.

“DIRAH, abang laparlah.”

Aku memandang Hizwan yang sedang menekan perut di atas katil.

“Nasi ada lagi kat dapur tu.”

“Tak nak nasi.”

“Habis tu?” Soal aku pelik.

“Nak bubur durian!” Balas Hizwan sambil tersengih. Aku menepuk dahi. Malam-malam buta macam ni nak makan bubur durian. Mentang-mentang ayah ada beli durian tadi.

“Teringin sangat ke?”

Dia mengangguk laju-laju. Aku mula tak sampai hati. Yelah, dah teringin tu! Jadi, aku mula bangkit lalu menuju ke dapur. Hizwan mengekori dari belakang dengan senyuman yang lebar di bibir. Aku mengeluarkan sebuah
Tupperware yang mengandungi ulas-ulas durian yang mak memang sediakan untuk membuat bubur durian. Mula-mula nak buat esok, tapi memandangkan suami aku yang tersayang ni mengidam nak makan malam ni jugak... kenalah buat jugak.

“Ajar abang nak buat bubur durian.” Hizwan mula bergerak dan menghampiri aku yang sedang memasukkan ulas-ulas durian masuk ke dalam periuk. Kemudian aku mengeluarkan santan yang memang dah siap diperah oleh mak dari dalam peti ais. Semuanya memang dah siap lengkap. Mak memang suka bersedia dari awal.

“Masuk santan dalam periuk ni. Biar tenggelam semua durian tu. Lepas tu masukkan gula, daun pandan yang dah dicarik-carikkan, dan secubit garam.” Ucap aku sambil memasukkan semua bahan tadi. Senang dan mudah saja! Hizwan mengangguk kepalanya. Kemudian dia mencapai senduk dari tangan aku sambil tersengih.

“Biar abang kacau.”

Aku hanya tersenyum dan duduk di atas kerusi makan. Memerhatikan suamiku yang begitu khusyuk mengacau kuah durian. Suka sangat nampaknya!

Selepas bubur durian dah menggelegak dan dah masak, aku menceduk beberapa senduk bubur durian ke dalam mangkuk. Sebelum aku menghidangkannya kepada Hizwan, aku mengambil roti Gardenia di atas almari. Sedap makan roti dengan bubur durian ni.

“Dah siap. Enjoy your meal. Baca bismillah dulu.” Aku meletakkan mangkuk yang mengandungi bubur durian yang berasap di hadapan Hizwan. Dia hanya tersengih sambil memandangku sebelum tiba-tiba bangkit dari duduknya. Dia mencari lilin dan menyalakannya terlebih dahulu sebelum menutup lampu dapur. Sambil tersenyum manis, dia duduk di hadapanku sambal meletakkan lilin tadi di tengah-tengah.Macam candle light dinner dah ni!

“Thanks sebab buatkan abang bubur durian.” Ucapnya lembut sambal memasukkan secubit roti yang dah dicicah dengan bubur durian ke dalam mulutnya. Mata dia masih merenung aku yang hanya memerhatikan dirinya makan.

“Nak?”

“Tak nak. Kenyang.”

“Sedaplah...”

Aku hanya tergelak kecil. ”Resipi mak...”

“Tak sangka dapat kahwin dengan pemilik Comel.”

“Tak sangka dapat kahwin dengan pemilik Kachak.” Balas aku balik sambal tersenyum.

“Sebenarnya kan, betul tau cakap adik Dirah... memang abang sengaja bagi Kachak dating dengan Comel.” Kata Hizwan sambil memasukkan lagi secubit roti ke dalam mulutnya.

“Hahaha... dah agak dah! Tapi Dirah tak kisah pun.”

“Kenapa?”

Aku mengenyit mata. ”Sebab kalau Kachak dengan Comel tak dating, kita takdelah berbaik kan? Perancangan Allah memang yang terbaik kan, bang...” Dia tersenyum sambil mengangguk kepala.

“Insya-Allah, abang akan jaga Dirah baik-baik.” Dia mengenggam tangan aku kuat untuk meyakinkan aku. Aku membalas genggamannya. Dalam hati aku berdoa, moga jodoh kami kekal sehingga ke akhir hayat. Kerana Kachak dan Comel, aku temui dia... dan kerana dia, aku temui cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience