BAB 2

Romance Completed 1364

“Apa? Nak gaduh ke?” Balas aku selamba sambil menarik tali Comel. Malas nak berlama-lama dekat sini. Nanti tak pasal-pasal melayang kepala Hizwan tu aku buat.

“Suruh lembu kau tu jauhkan diri dari Kachak!” Ucap dia sebaik saja aku berjalan di sebelahnya. Aku menjeling geram.

“Lembu kau tu yang duk gatal nak mengayat Comel, okey! Hari-hari sibuk bawak Comel dating. Kau ingat aku tak tahu ke? Adik aku cakap kadang-kadang tu kau saja je biar Kachak dating dengan Comel!” Balas aku geram sambil menggesa Comel supaya berjalan cepat. Lagi lama aku tengok Hizwan, makin panas hati ni. Sempat lagi aku menjelirkan lidah ke arahnya sebelum berpaling ke hadapan.

“Comel, pleaselah... jangan bercinta dengan Kachak. Aku tahu mungkin Kachak tu hensem pada pandangan mata kau tapi carilah yang lain ye. Banyak lagi lembu hensem dekat sini. Si Koko tu pun ada.” Aku berbisik dekat telinga Comel. Comel menggelengkan kepala menyebabkan loceng di lehernya berbunyi.

“Apasal kau tak nak Koko? Aku tengok Koko tu okey je.” Aku mencebik. Kemudian aku tergelak kecil. Macamlah Comel ni faham apa yang aku cakap ni kan? Padanlah orang cakap aku mereng sebab selalu cakap dengan Comel. Tapi peduli apa cakap orang! Yang penting aku senang hati.

“COMEL!!!”

Aku menjerit sekuat hati mencari Comel yang menghilangkan diri dari pagi tadi lagi. Dah kena ikat pun masih je boleh bolos! Sakitnya hati aku sebab dari tadi sibuk keliling kampung nak cari dia. Selalu sangat menghilang lembu kesayangan aku ni. Suka sangat pergi dating dengan si Kachak! Dah banyak kali aku pesan dekat Comel, kalau nak dating suruh si Kachak datang mintak izin dulu tapi haram! Diorang pergi macam tu je.

“UmaDirah!!!”

Aku berpaling ke belakang sambil memandang Hizwan yang tengah berlari anak ke arahku.

“Mana Kachak? Comel bawak dia pergi mana?!” Tanya Hizwan sambil memeluk tubuh.

“Wei! Soalan baik-baik sikit ye. Kachak yang bawak dia lari! Aku dah pesan banyak kali dekat kau, jaga elok-elok lembu kau tu. Suruh dia ada adab sikit. Datanglah mintak izin dengan aku dulu kalau nak jumpa dengan Comel!” Balas aku sambil mengawangkan tangan di udara. Dahlah tengah geram sebab tak jumpa-jumpa Comel, jumpa pulak dengan mamat ni. Lagilah panas hati aku ni.

“Comel kau yang sibuk-sibuk nak jumpa dengan Kachak okey!”

“Huh! Takdenya...” Cebik aku sambil berpeluk tubuh.

“Aku rasa aku tahu diorang kat mana.” Ucap Hizwan tiba-tiba selepas kami berdua senyap untuk jangka masa yang agak lama.

“Mana?”

“Ikut aku!” Dia berlari tanpa menunggu aku. Kurang asam! Terus aku membuka langkah secepat mungkin untuk mengejar dia. Ni Nurul UmaDirah lah! Jaguh berlari dekat sekolah dulu tau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience