BAB 2

Romance Completed 3555

Curang? Perkataan yang membuatkan biji mata Mak Zaitun terbeliak besar. Macam serius sahaja cerita Aishah Amalina itu.

Apa sebenarnya yang telah berlaku antara mereka berdua? Mak Zaitun mahukan kepastian satu jawapan. Kalau pertunangan ini dibatalkan, dia juga akan mendapat malu.

"Biar betul Aish? Mak masih tak faham!"

"Kalau mak kat tempat Aish, mak pun akan buat perkara yang sama!"

"Masalahnya Aish ceritalah pada mak. Dari tadi buat mak asyik tertanya-tanya. Tak tahu mana hujung pangkal ceritanya..."

“Dia memang tak sayangkan Aish!”

“Tapi apa sebabnya?”

Satu suara memberi salam mematikan perbualan antara Mak Zaitun dan Aishah Amalina Anissa. Mak Zaitun membalas salam itu segera berlalu meninggalkan Aishah Amalina menahan sisa sedihnya di sofa.

Di muka pintu muncul seraut wajah yang telah mengguris hati dan perasaan Aishah Amalina. Raut wajah Khairuldin Fiqrie nampak sugul.

“Ohhh kamu! Apa masalahnya Rudy? Terkejut jugak makcik tengok keadaan Aish macam ni.”

“Err… tak ada apa-apalah makcik. Cuma sikit salah faham aje…”

“Sampai macam ni keadaan Aish … sikit kata Rudy?”

“Percayalah cakap saya makcik. Saya pun tak berniat nak buat Aish jadi macam ni. Mungkin ini silap saya jugak.”

“Ermm… kalau macam tu lega sikit hati makcik ni. Biar makcik ke dapur dulu. Masuklah, Aish ada tu di ruang tamu. Pandai-pandailah kamu pujuk.”

“Baiklah. Terima kasih makcik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience