BAB 9

Romance Completed 3555

“Pilihan di tangan Aish. Aish berhak menentukan jawapannya…”

“Niatnya ikhlas Aish. Semuanya untuk kebaikan Aish jugak.”

“Aish dah dewasa. Aish tahu jaga diri sendiri!”

“Orang dewasa tak kan berfikir cara macam ni? Kalau Aish nak orang lain hormat diri Aish, belajarlah menghormati orang lain.”

“Mak memang tak faham hati Aish. Aish tak mahu dikongkong selagi belum bergelar isteri. Aish nak buat keputusan sendiri. Bukan kerana terpaksa!”

“Soal bertudung bukan kerana terpaksa Aish. Wajib kita seorang wanita muslim menutup aurat. Mak tahu, Aish masih belum bersedia ke arah itu. Mak bukan nak menyebelahi sesiapa, baik Aish mahu pun Rudy. Perkara yang bersangkutan dengan agama, tak boleh dibuat main-main. Perkara yang wajib tetap wajib hukumnya.”

Tanpa dipaksa, air mata luruh di pipi Aishah Amalina. Telah berombak bunga-bunga kesal di dada apabila keputusannya dipertikaikan. Bukan sahaja bakal suaminya yang menentang malahan ibunya juga. Bukan dia tidak faham yang ibunya perkatakan itu. Bukan dia sengaja untuk keras kepala. Dia hanya mengikut kata hatinya. Sebak yang menujuh tangkai hatinya kian memberat. Dia bangun lalu meninggalkan Mak Zaitun sendirian di ruang tamu. Sekali lagi bunyi deringan telefon bimbit milik Aishah Amalina berbunyi nyaring. Seketika bunyi deringan itu mati sendiri di sudut sofa itu.

CARL RUDYANSHAH terus menanti dengan penuh sabar. Cahaya lilin yang meliuk-liuk ditiup angin malam nampak indah. Di atas meja telah siap terhidang makanan yang sedap-sedap. Kerusi yang berada di hadapannya masih lagi kosong tanpa penghuni. Dia tetap akan menanti di situ selagi mampu. Malam yang sangat bertuah itu pasti mengukir kenangan yang panjang. Ada cerita mula mengimbas di mindanya.

“Aish kata ada hal nak bincang dengan abang. Apa dia?”

“Tak lama lagi hari bahagia kita akan tiba. Aish rasa bimbang dan risau…”

“Apa yang nak dibimbang dan dirisaukan? Semuanya akan berjalan dengan lancar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience