BAB 13

Romance Completed 3555

Sukarkah untuk Aishah Amalina menerima kebenaran suatu kenyataan? Atau diakah yang terlalu mendesak sehingga menghancur luluh perasaan tunangannya itu? Pandangannya mula berbinar-binar.

“Assalamualaikum…”

Ingatan yang sedang bermain di minda lelaki itu segera terbang. Suara yang memberi salam itu adalah suara yang memang dinantikan malam itu. Melihat sesusuk tubuh yang sedang berdiri menghadap tepat ke arahnya, membuatkan bibirnya menguntum senyum. Seorang perempuan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden dengan bertudung warna ungu bertatahkan batu-batu swarovski. Pantulan cahaya daripada lilin yang meliuk-liuk ditiup angin, membuatkan batu-batu swarovski itu nampak bersinar bergemerlapan. Salam itu segera disambut.

“Wassalam warahmah…”

Aishah Amalina nampak kaku berdiri untuk menerima arahan yang seterusnya daripada lelaki di hadapan matanya itu. Mulutnya bagaikan mahu berkata sesuatu namun Carl Rudyanshah sempat memberi arahan supaya tidak berbuat sedemikian. Lelaki itu tidak mahu suasana yang romantis, ada cacat celanya. Dia mahu menikmati suasana bahagia tanpa banyak bicara. Duduk di bangku yang tenang itu, ada cerita baru yang bakal dinukilkan malam itu antara mereka berdua.

‘Ya ALLAH… Ampunkanlah dosa-dosaku. Aku benar-benar bersyukur kerana dikurniakan bakal imamku yang sangat bertanggungjawab. Sesungguhnya aku memang seorang hamba yang lalai, sentiasa dalam kerugian dan lagi berdusta. Sempurnakanlah aku satu cahaya yang terang. Limpahkan taufiq dan hidayah… serta keampunan kepadaku, keluargaku dan semua umat Islam. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap perkara yang berlaku. Sekali lagi… ampunilah dosa-dosaku Ya ALLAH…’ desis Aishah Amalina Anissa sambil menahan sebak yang terbuku di dada.

Di langit malam, bulan menumpahkan cahayanya ke segenap ruang maya. Sang pungguk yang menanti di ranting kayu turut merindu cahaya bulan yang satu. Dua insan itu sedang diulit mimpi indah. Mereka kembali menyemarakkan rindu yang hilang. Ada impian kebahagiaan kembali berbunga saat cahaya bulan mula berserak menerangi hati. Mereka mahu menjadi insan yang redha dengan kekuasaan pencipta-Nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience