BAB 8

Romance Completed 3555

“Susah hidup kita kalau tak boleh terima pendapat orang lain. Aish kena bagi peluang untuk mendengar apa yang orang lain nak kata. Lebih-lebih lagi Rudy, bakal suami Aish!”

“Nama itu jugak yang mak sebutkan. Bosan… bosan! Aish bosanlah!”

“Itu aje yang Aish boleh kata. Cubalah dengar cakap orang sikit!”

“Eeiii… selagi dia belum jadi suami Aish yang sah, Aish berhak atas diri Aish sendiri. Orang lain jangan pandai-pandai nak kongkong Aish. Aish tahu apa yang Aish buat!”

“Apa yang Aish tahu buat? Selain dari membantah!”

Aishah Amalina mengerling pandang ke arah ibunya. Mak Zaitun kelihatan berpeluk tubuh sambil menahan sabar. Dia memang perlu banyak bersabar melihat sikap Aishah Amalina yang tidak mahu mendengar kata. Di benaknya dia berfikir panjang. Mengapakah anaknya itu bersikap sedemikian? Di manakah silapnya dalam mendidik Aishah Amalina?

“Berapa yang abang Rudy dah bagi mak? Asyik bela dia dari tadi!”

“Aish cakap apa ni? Tak baik buat tuduhan macam tu. Rudy bukan macam yang Aish sangkakan. Dia seorang lelaki yang baik. Sepatutnya Aish bersyukur dapat lelaki atau bakal suami yang memahami macam tu.”

“Aish tak suka dipaksa! Dia bukan suami Aish lagi!”

“Betullah kata Aish tu. Memang Rudy belum sah jadi suami Aish lagi tapi Aish kena faham. Dia bakal suami Aish!”

“Cuma bakal mak. Bukan semesti akan jadi!”

Tersentak Mak Zaitun mendengar jawapan yang sedikit keras daripada Aishah Amalina Anissa itu. Langkahnya semakin rapat ke arah anak gadisnya itu. Dia mengurut dada menahan sabar.

“Asstagfirrullahalazim. Hanya kerana sehelai tudung buat Aish jadi macam ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience