BAB 11

Romance Completed 3555

Merah padam muka Aishah Amalina apabila Carl Rudyanshah menyebut namanya di akhir perbualan itu. Kata-kata itu seolah-olah mahu ditujukan kepadanya. Dia memang tidak boleh menerima hakikat itu. Dia juga berhak untuk bersuara. Dia tidak mahu menjadi perempuan yang lemah dan terpaksa mengalah dalam apa juga keadaan. Dia bukannya kerbau yang telah dicucuk hidung sehinggakan senang ditarik ke sana ke sini. Tanpa diduga pertemuan petang itu bertukar menjadi medan pertelingkahan antara sepasang kekasih.

“Abang nak salahkan Aish pulak? Di mana hak Aish sebagai seorang perempuan?”

“Ehhh… mana abang ada salahkan Aish. Kita tetap ada hak masing-masing.”

“Baru tadi abang sebut nama Aish. Kejap aje abang dah lupa. Lelaki memang pandai berkata-kata. Susah nak mengaku salah!”

“Abang sebut nama Aish tak bermakna Aish dah buat salah. Abang rasa, setiap patah perkataan yang abang ucapkan semuanya jelas. Boleh difahami dengan mudah. Ada mata pandang elok-elok, ada telinga dengar baik-baik. Kebenaran tetap akan muncul dengan sendirinya.”

“Kata-kata abang memang menyakitkan hati Aish. Bosanlah kalau hari-hari macam ni!”

“Itulah orang perempuan, cepat nak merajuk. Perkara yang baik tetap buruk juga akhirnya. Cubalah jadi pendengar yang setia. Tak susah pun nak dapat redha suami ni…”

“Yang jelasnya kita masih belum bernikah. Kalau abang rasa Aish bukan perempuan pilihan abang, kita putus!”

“Masya ALLAH… apa yang Aish cakapkan ni? Aish sedar tak ni?”

“Aish masih waras abang. Otak ni masih boleh berfikir dengan baik. Abangkan lelaki jadi buatlah keputusan yang abang suka!”

Carl Rudyanshah mula merasakan sesuatu yang tidak sedap di hati. Jika dilayan berterusan perasaan Aishah Amalina, pasti akan menimbulkan keadaan yang merumitkan. Dia juga tidak menyangka pertemuan petang itu bertukar menjadi perbalahan kecil. Ibarat api di dalam sekam, jika tidak dipadamkan maka boleh membakar seluruh padang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience