BAB 3

Romance Completed 4676

Memang betul pun Affiz ini tak boleh dipercayai sangat. Setakat ini, dah tiga kali Adib tiba-tiba muncul semasa Maya dengan Affiz tengah makan tengah hari. Semuanya sebab si Affiz inilah! Dia mengajak Adib makan tengah hari sama-sama tanpa pengetahuan Maya, dan dia juga mengajak Maya makan tengah hari tanpa pengetahuan Adib. Dia yang berseronok seorang-seorang, Maya dengan Adib pula yang kekok.

Haih sabar sajalah.

“Kalau aku ajak dia pun, apa salahnya. Boleh merapatkan silaturrahim korang berdua.”

“Tak payah silaturrahim sangat la, Fiz. Macam kau tak tahu je yang kitorang tengah tunggu masa yang sesuai untuk putuskan semua benda ni.”

Ya, memang Affiz tahu semua cerita Maya dengan Adib. Dan Affiz juga tahu tentang ‘pertunangan yang bakal terputus bila-bila masa saja’ ini.

“Aku tak faham la dengan korang berdua ni. Kenapa korang tak cuba nak selamatkan pertunangan ni, instead of sibuk nak putus bagai? Look, Adib sepupu aku. Kitorang rapat dari kecik. Dan kau, kawan aku. Kawan yang aku senang nak berborak pasal semua benda. Takkan aku nak diam je bila korang decide nak buat benda bodoh tu? Kalau kau kat tempat aku, kau nak ke tengok dua orang yang kau sayang putuskan pertunangan diorang without any strong reason?”

Maya telan air liur. Dia tak tahu nak menjawab apa bila Affiz tiba-tiba menjadi serius.

Pintu lif terbuka. Sebelum Maya melangkah masuk ke dalam lif itu, Affiz tiba-tiba bersuara.

“Aku ajak Adib lunch sekali. Sorry.” Suara itu bernada serba salah. Mungkin Affiz perasan yang dia agak terkesan dengan kata-kata Affiz tadi. Dan mungkin juga rasa bersalah sebab mengajak Adib sekali lagi tanpa pengetahuan Maya.

“It’s okay.” Maya cuba untuk senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience