“It’s four. Four years, not five.”
“Eh eh, kau ingat?” Affiz bersuara dengan nada teruja. Konon nak memprovok si Adib itu.
Adib pula pandang tajam pada Affiz.
“Okey, sambung yang tadi. Korang berjumpa balik selepas empat tahun ni, kau tak rasa ke ini peluang kau dengan Maya untuk selesaikan semua masalah korang selama ini? Yes, dia pernah tipu kau, dia pernah buat salah dengan kau, dia yang sebabkan Aira meninggal”
“Weh, aku tak cakap pun dia penyebab Aira meninggal. Kau ingat aku ni tak ada iman ke? Kau ingat aku tak tahu yang ajal maut semua kat tangan Allah?” Adib sekali lagi memotong kata-kata Affiz.
“Ha, tahu pun. Habis tu yang selama ni kau dok marah-marah dia, bengang kat dia semua tu, kenapa? Kau tahu tak sampai sekarang Maya rasa bersalah sebab hal tu? Lagi-lagi sejak korang berdua bertunang. Dia dah tak ketawa dah kat office, bro. Aku ni rindu nak dengar ketawa dia tu.”
Adib pandang tajam pada Affiz sekali lagi.
Affiz berdecit. “Aku tahu la dia tunang kau, tapi hey, dia officemate aku kot. Aku yang kena menghadap dia lapan jam sehari. Kau ingat aku tak stress ke bila dia dah tak ketawa dan buat lawak bodoh macam dulu?”
Adib mengeluh. “Habis tu, kau nak aku buat apa?”
“Selamatkan pertunangan korang ni.” Nasihat Affiz.
“But, how? Dia dah nak kahwin.”
Affiz pula yang mengeluh. “Adib, yang nak kahwin tu bukan Maya, tapi Sufi.”
Share this novel