BAB 8

Romance Completed 4676

Affiz menoleh bila pintu rumah dibuka dari luar. Dia menoleh pun sekejap saja sebab dia tahu siapa yang baru balik dari kerja itu. Siapa lagi kalau bukan Adib? Di dalam rumah ini, dia tinggal berdua saja dengan Adib. Nanti bila Adib dah berkahwin, terpaksalah dia balik ke rumah mama semula. Bosan kalau duduk seorang-seorang di rumah ini. Tak ada kawan nak dibuat berborak dan menonton perlawanan bola sepak.

“Lambat balik?” tanya Affiz bila Adib merebahkan tubuh di sofa sebelahnya. Muka sepupunya itu nampak penat.

“Dari site. Lepas tu, singgah office sekejap.” Adib menjawab sambil memejamkan mata. Dia nak tidur sekejap sebelum masuk ke dalam bilik.

“Kau free tak Ahad minggu depan?” tanya Affiz. Dia tahu Adib tengah penat sekarang ni, tapi dia tetap nak mengacau Adib. Lagi-lagi bila melibatkan hal Sufi. Kan dulu sepupunya ini pernah terjatuh hati sekejap pada Sufi? Dia teringin betul nak tengok reaksi Adib nanti kalau sepupunya itu dapat tahu yang Sufi dah nak berkahwin.

“Free je kot. Kenapa?” Adib menjawab dengan mata yang masih tertutup.

“Awek kau nak kahwin. Dia suruh aku jemput kau sekali.”

“Hah???” Serentak itu, Adib terus bangun dari baringnya. Matanya yang sepet itu terbuka luas memandang Affiz. Dia tak pedulikan langsung handphone yang dah terjatuh ke lantai. Tadi dia meletakkan handphone itu di atas perutnya. Tapi, bila dia tiba-tiba bangun dari baringnya, terus handphone itu jatuh ke lantai.

“Err kenapa kau terkejut sangat-sangat?” Affiz mengangkat kening. Dia sendiri terkejut dengan reaksi Adib itu. Dia tak sangka pula Adib terkejut sampai macam ini sekali. Okey, ini membuatkan dia musykil. Adib masih ada hati pada Sufi ke?

“Bro, dia baru pulangkan cincin dia kat aku minggu lepas. Ming-gu le-pas. Dan sekarang ni dia dah nak kahwin? Aku tak bincang apa-apa pun lagi dengan dia pasal hal putus tunang tu. Dia ingat bila dia pulangkan cincin tu kat aku, pertunangan kitorang ni terus dah putus la? Gila la dia tu.” Adib meluahkan rasa tak puas hatinya. Dia menguak rambutnya ke belakang dan bersandar semula ke sofa. Dadanya turun naik menahan geram.

Affiz pula simpan senyum dalam hati. Dia cuba mengekalkan riak wajah seriusnya. Patutlah Adib terkejut sangat, rupanya dia ingatkan ‘awek’ yang Affiz cakapkan itu ialah Maya. Mengaku pulak yang Maya itu awek dia. Sebelum ini bukan main buat drama nak putuskan pertunanganlah, itulah, inilah. Ceh punya sepupu.

“Parents dia cakap apa?” tanya Adib. Kalau sampai dah nak kahwin minggu depan, maknanya mestilah orang tua Maya dah tahu yang mereka berdua ini dah putus tunang. Tapi, setakat ini, mama tak ada beritahu dia apa-apa pun. Takkan orang tua Maya tak beritahu mama yang dia dengan Maya dah putuskan pertunangan ini?

“Yang tu tak tahu pulak aku,” jawab Adib.

“Maya ni” Adib mengeluh. Dia meraup mukanya dengan tapak tangan. Apa yang perlu dia lakukan sekarang ini?

“Bro.”

“Hmm.”

“Betulkan la balik relationship kau dengan Maya ni. She used to be your bestfriend, bro. And now she’s your fiance. Kau tak rasa ke semua ni memang dah takdir? Kau tak rasa ke yang korang berjumpa balik selepas lima tahun ni untuk”

“It’s four.” Adib memotong kata-kata Affiz.

“Apa?” tanya Affiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience