BAB 14

Romance Completed 4676

“Dia balas! Dia balas! Woohoo!!!” Adib mengangkat kedua-dua tangannya dengan reaksi yang sangat teruja. Dia tersengih panjang bila dia menerima mesej daripada Maya. Cepat tangannya membalas mesej itu, tanpa menunggu satu saat pun.

“Kenapa kau excited sangat? Dia balas mesej kau selepas lima belas minit kot.” Affiz menggeleng kepala melihat reaksi Adib.

“Peduli la. Janji dia balas,” jawab Adib sambil sibuk menaip mesej.

“Kalau dah gila tu, gila jugak.” Affiz menyindir.

“Diam la,” balas Adib.

“Habis tu, kau dengan Maya macam mana sekarang ni? Dah bagitahu belum parents korang yang korang nak putus?”

Adib tersengih. “Kau nak aku putuskan pertunangan dengan Maya ke?”

“Mesti la tak. Aku kalau boleh nak tengok korang naik pelamin sampai beranak cucu kot.”

“Jadi” Adib tersengih jahat. Dia tak payah sambung pun kata-katanya sebab nampaknya Affiz dah dapat tangkap apa yang bermain di fikirannya.

“Oh, man. Jangan cakap yang tak nak putuskan pertunangan korang ni.” Affiz dah tergelak-gelak. “Kau serius?”

“Serius la. Aku akan cuba lembutkan balik hati dia perlahan-lahan. Aku yakin, cincin tu akan tersarung balik kat jari dia.”

“Maya tahu tak idea gila kau ni?” tanya Affiz.

Adib menggeleng.

“Kau ni gila la, bro.”

Adib hanya tersenyum saja. Dia tahu dia perlu berusaha untuk selamatkan hubungannya dengan Maya. Biarlah orang kata dia gila talak ke, apa ke, janji dia tahu apa yang dia nak. Dia nak kembalikan semula memorinya dengan Maya sebagai kawan baik, dan dia juga nak melangkah ke satu lagi fasa tentang hubungannya dengan Maya, iaitu perkahwinan. Dia yakin dengan hati dia yang dia cintakan Maya.

Tiada salah andai kita menyimpan hati pada sahabat baik sendiri, malah ada orang kata kahwinilah sahabat baik sendiri kerana ia lebih mudah. Dia kenal kau dan begitulah sebaliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience