BAB 2

Other Completed 1496

Usai melangkah masuk ke sekolah bernawaitu ingin menimba ilmu kerana Allah Ta’ala, aku terus menuju ke tempat berkumpulnya pelajar sekelasku di hadapan bangunan Blok A. Entah mengapa, kurasakan diriku seolah-olah diperhatikan oleh beberapa pasang mata yang mencerminkan kebencian. Barangkali hanyalah perasaanku sahaja, lalu aku menyapa salah seorang daripada rakan sekelasku dengan menepuk bahunya.

“Isyh, janganlah Dhia!”

Rakan sekelasku itu menepis tanganku sambil mencemik. Sempat lagi dia melepaskan jelingan penuh kehinaan terhadapku lalu beredar pergi. Aku ditinggalkan kebingungan. Lantas aku memerhatikan semua orang. Baru kusedar, semuanya memandang aneh terhadapku. Ada yang berbisik-bisik di antara satu sama lain, ada juga yang menjeling ke arahku. Apakah yang telah terjadi?

“Dhia sudah berubah. Aku dengar dia mula mereka-reka cerita terhadap kita semua. Lebih baik kau jauhkan dia sebelum dia buang kau macam dia buang si Nur itu”

Telingaku menangkap suara bisikan seseorang. Lantas kutoleh ke arah pemilik suara tersebut. Mereka berdua terkejut melihat aku menoleh ke arahnya, lalu mereka berpura-pura beralih pandangan ke tempat lain. Bagaimanakah mereka tahu akan status persahabatanku dengan Nur? Siapa lagi yang menyebarkan cerita palsu mengenaiku ini kalau bukan dia kerana setakat ini hanya dia sahaja yang tahu dan aku masih belum menceritakan perihal ini kepada semua orang. Diakah yang menjadi induk buah mulut itu?

Astaghfirullahal’azim. Aku tidak mahu tuduh sembarangan. Tidak mengapalah, biarlah aku mendiamkan sendiri sahaja apabila ada yang membisikkan kata-kata fitnah itu. aku tidak mahu menuduh sesiapa sehinggalah aku dapat tahu siapakah sebenarnya yang mereka cerita itu. Hampir beberapa minggu aku dijadikan bahan cerita mereka yang aku tidak tahu apakah ia kerana masing-masing berbisik antara satu sama lain.

Aku tidak dapat mengorek intipati yang memburukkan aku. Oleh kerana fitnah semakin tersebar, aku semakin kekurangan sahabat. Seandainya kau berada di tempatku, semestinya kau akan faham betapa sakitnya hati tatkala diri menjadi bahan fitnah yang terhasil daripada sahabat karib sendiri, Nur. Kau akan berasa sakit sepertiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience