BAB 7

Other Completed 1496

Khayalanku terhenti serentak dengan tamatnya lagu tersebut. Tidak kusedar pipiku sudah dibasahi air mata. Alhamdulillah, mujurlah kisah silam itu sudah berlalu. Hidupku semakin bahagia sebaik sahaja menjauhkan diri daripada Nur. Sejujurnya, menjadi sahabat rapat bersama dia merupakan satu kesilapan besar. Benar kata bidalan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah jua.

Kalau kau tanya aku samaada aku menyesal atau tidak? Jawapan aku tidak!Aku tidak menyesal dengan segala perbuatan dia. Alhamdulillah, Allah menunjukkan aku siapa sebenarnya Nur. Aku bersyukur ke hadratMu, Ya Allah. Terima kasih kerana memberi petunjuk kepadaku. Barulah kusedar, sebenarnya sebusuk-busuk bau parit tapi lebih suci daripada mulut kau, Nur. Bau parit lebih harum daripada mulut kau, Nur. Terima kasih kerana memberiku pahala percuma sepanjang kau menabur fitnah itu. Jika itu nawaitu kau, terpulang. Kau jawablah dengan Tuhan di akhirat sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience