BAB 3

Other Completed 1496

Keheningan malam membangunkan

Kepayahan jiwa meluahkan

Andai kau jujur memahami

Tiada ku menjauhi

“Aku menjauhkan kau bukan atas sebab yang sia-sia, Dhia. Aku sebenarnya sedang membersihkan nama kau. Kau tak tahu, sebenarnya semua kawan sekelas kita sedang mengata kau dari belakang. Mereka mengutuk mengeji tentang hubungan kau dengan Ashaari, Dhia! Sanggupkah kau memutuskan persahabatan kita sedangkan aku berkorban untuk membersihkan nama kau?”

“Kalau begitu, beritahu aku apakah yang mereka katakan terhadap aku. Apakah fitnah yang mereka lemparkan? Siapakah mereka yang kau maksudkan?” soalku, bertubi-tubi. Nur mula menelan liurnya sebelum menjawab segala soalanku.

“Mereka yang menjadi musuh kau, Dhia”

“Musuh? Aku rasa aku tiada musuh langsung. Siapakah namanya? Apakah yang mereka kutuk terhadap aku dan Ashaari?” soalku. Aku sengaja bertanyakan banyak soalan untuk mengetahui sama ada segala jawapannya benar ataupun sekadar sampah. Benar, aku tiada musuh sepanjang hidupku dalam tujuh tahun berada di sekolah ini. Kelihatan dia menelan liur lagi.

“Adalah. Barangkali kau akan tahu apa yang mereka kutuk terhadap kau. Dan aku rasa kau akan tahu siapa. Aku berkorban untuk kau, Dhia. Sanggup kau putus kawan dengan aku? Kau tak sedarkah yang aku sanggup tidak tegur kau kerana aku sedang mencuba bersihkan nama kau daripada fitnah-fitnah mereka?”

“Cuba kau bersumpah dengan nama Allah Ta’ala yang kau benar-benar berkata benar”, cabarku. Namun, cabaranku tidak disahut.

“Perlukah buat macam itu? kau tak percayakan akukah?” Nur menyoalku kembali.

“Kenapa? Kau takut hendak bersumpah?”

Nur terdiam.

Aku terus berlalu pergi. Nampak sangat Nur sekadar mereka-reka cerita. Melalui wajah dan ekspresi muka dia, jelas kelihatan ada cerminan dusta. Tegarnya dia menipu semata-mata hendak membersihkan namanya sendiri dengan menuduh orang lain! Musuh? Siapakah musuhku? Aku tiada musuh! Fitnah? Aku rasa aku tidak pernah mendengar rakan sekelasku memfitnahku. Aku tahu kerana aku amat rapat dengan mereka semua, sebab itulah aku tiada musuh. Namun, fitnah lain muncul sebaik sahaja aku putus kawan dengan Nur. Fitnah yang tiada kena-mengena dengan perhubunganku dengan Ashaari (yang dikatakan oleh Nur awal-awal dahulu). Jadi, sudah jelas siapa yang memfitnah siapa, bukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience