BAB 5

Other Completed 1496

Astaghfirullahal’azim, salahkah aku bersahabat dengan Ashaari? Kami tidak pernah melakukan perkara terkutuk itu, bersentuhan pun tidak. Bagaimanakah agaknya Nur sanggup berkata begitu? Jika dia mereka-reka cerita bahawa aku keluar berdua-duaan dengan Ashaari, semua itu silap kerana Ashaari akan membawa bersama kakaknya sekali menemuiku kerana kakaknya juga meminati perkara yang sama.

Sudahlah, Nur. Hentikanlah kata-kata sampahmu itu. Sekiranya benar dahulu kau kononnya berkorban dalam membersihkan namaku, mengapakah kau sendiri mengotorkan namaku yang kau korbankan ini pula? Tidakkah kau rasa bahawa kau sedang mempermainkan perasaan orang lain?

Keheningan malam membangunkan

Kepayahan jiwa meluahkan

Andai kau jujur memahami

Tiada ku menjauhi

Aku melangkah masuk ke bilik kaunseling sebaik sahaja ada seorang pelajar tingkatan tiga memanggil namaku atas arahan guru kaunseling, lima minit lepas. Aneh juga kerana sepanjang hidupku, tidak pernah dipanggil ke bilik kaunseling. Dalam debaran kesangsian, aku menghadap wajah guru kaunseling tersebut.

“Ini Dhia Basilah, ya?” soal guru kaunseling itu dengan melemparkan senyuman yang amat manis. Aku mengangguk sahaja tanpa berkata-kata. Sejak dua menjak ini, aku ditimpa kebisuan. Tidak tahulah kenapa.

“Awak berasa ragu-ragu kenapa awak berada di sini, ya?” soal guru itu lagi. Aku mengangguk sambil mata melilau-lilau di setiap sudut bilik. Kami berdua berada di suatu bilik bercat biru lembut tertutup dan kalis bunyi. Meskipun bilik itu amat cantik dan luas, tetapi membuatkan aku tidak selesa. “Boleh saya balik ke kelas?” ujarku.

“Nanti dulu, Dhia! Saya ada hal penting yang ingin dibincangkan bersama awak”, tegah guru kaunseling itu dan memujukku untuk kekal duduk di bilik itu. Perlahan-lahan aku melabuhkan punggungku semula.

“Saya mendapat aduan yang awak ada bersahabat dengan seorang lelaki dari sekolah lain. Betulkah?”. Aku sekadar mengangguk. “Awak tahu bukan? Apa akibatnya jika awak yang bersekolah lagi menjalinkan rasa cinta di saat hari peperiksaan besar awak semakin hampir?”

“Astaghfirullah. Cikgu, saya bersumpah yang saya tidak bercinta dengan Ashaari. Percayalah, dia cuma sahabat saya. Kami rapat pun kerana mempunyai minat yang sama. Siapa yang fikir saya bercinta dengan dia? Siapa yang cerita kepada cikgu? Cikgu, tolonglah..jangan percaya dengan fitnah-fitnah mereka terhadap saya”, luahku. Serentak itu, air mataku secara tiba-tiba galak mengalir. Aku tidak mampu berkata apa-apa melainkan hanya menangis teresak-esak. Sekarang, barulah aku rasa bahawa aku terlalu lemah menghadapi dugaan ini.

“Tidak. Saya tidak mempercayai kata-kata seseorang itu kerana memang dari dahulu lagi ada sahaja pelajar yang datang ke sini mengadu hal seseorang yang terlalu banyak bertalam dua muka dan menabur fitnah. Saya tahu awak menjadi mangsa orang itu”, jelas guru tersebut. Aku terpana. Seseorang? Siapakah yang dia maksudkan? Nurkah?

“Dhia, saya harap awak bersabar. Jangan mengambil langkah dengan berhenti sekolah seperti apa yang sahabat karib awak buat awal tahun ini hanya kerana mulut seseorang itu. Awak anggap sahaja dia tidak wujud dalam mata awak. Cuba untuk melupakan memori awak bersama dia dan kalau boleh, buang sahaja tiap-tiap gambar awak dengan dia. Saya tidak berniat hendak batu api, tetapi sebenarnya saya muak mendengar tindakan seseorang itu yang sering mereka cerita. Saya berdoa agar awak dilindungi Allah. Bersabar ya, Dhia”, jelas guru kaunseling itu dengan panjang lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience