BAB 1

Other Completed 1496

Tumpuanku beralih ke arah radio. Cepat-cepat aku memusingkan pengawal suara pada radio untuk mendengar muzik tersebut dengan lebih jelas dan aku secara automatik berhenti menelaah sebaik sahaja terdengar satu alunan muzik perlahan yang menarik hatiku untuk menghayatinya.. Dalam tiga saat kemudian, terdengar serangkap lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi tempatan.

Pernahkah kau bermimpi

Seketika berada di tempatku?

Membayangkan pahit manis berlalu

Entah siapa yang tahu..

Suara itu aku kena, ya siapa lagi kalau bukan biduanita negara, Dato Siti Nurhaliza. Sungguh asyik dan merdu suaranya, dan lirik lagu itu memang terkesan di dalam hati. Meskipun baru mendengar serangkap sahaja, tetapi sudah cukup memberi kesan kepada perasaanku. Entah mengapa, fikiranku mula melayang-layang dan mula terhenti di saat teringat akan sesuatu peristiwa. Termenung aku seketika sebaik sahaja peristiwa itu muncul dalam fikiran. Wajahku berubah suram kerana peristiwa itulah yang menjadi saksi diriku dihina oleh seseorang yang amat kupercayai.

“Perlukah kau menjauhkan diri daripada aku setelah beberapa tahun kita jadi sahabat baik? Adakah hanya disebabkan aku jauhkan diri daripada kau seketika minggu lepas, kau sudah mula mengandai yang bukan-bukan terhadap aku? Kenapa kau terlalu berfikiran kolot, Dhia? Sememangnya kau mudah berfikir yang negatif di sekeliling kau!”

Aku beristighfar panjang sebaik sahaja membaca mesej pesanan ringkas daripada Nur. Berfikiran negatif? Siapakah yang berfikiran negatif dalam waktu ini? Aku hanya bertanya mengapakah Nur tidak menegurku hampir seminggu, tetapi dia membalas soalanku dengan tuduhan yang serkap jarang. Siapakah yang berfikiran negatif sebenarnya? Siapakah berfikiran kolot sekarang ini? Siapakah yang menjauhkan diri siapa? Seandainya kau berada di tempatku, kau semestinya akan faham perasaanku tatkala dituduh kolot, Nur.

Dan dari situlah bermulanya kisah hitamku…

Mungkin nanti kau jua

Merasakan berdepan dengan kata menyesakkan

Takkan tugumu kebal

Tiada pertimbangan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience