BAB 6

Other Completed 1496

Aku benar-benar yakin bahawa seseorang yang guru itu katakan ialah Nur. Memang tidak salah lagi kerana pernah sekali Nur memburuk-burukkan sahabat karibku sebelum sahabatku itu diberhentikan sekolah ekoran tidak dapat menanggung tohmahan Nur. Sebaik sahaja sahabatku tidak bersekolah lagi, Nur dengan lagaknya mula menceritakan yang baik-baik terhadap sahabatku itu. Sebelum ini, dia pernah berkata seperti ini:

“Aku tak suka dengan Siti kerana dia dulu ramai kawan lelaki. Setiap hari dia bawa teman lelakinya masuk ke rumah. Oleh sebab itulah dia sering dipukul oleh bapanya, tetapi dia tetap tidak serik walaupun selalu ditendang dan disepak oleh bapanya. Dia tidak tahu bahawa bapanya buat sebegitu kerana sayang akan dirinya, tetapi dia menganggap bapanya bertindak kasar kerana benci terhadapnya. Sekarang, dia sudah ada teman lelaki baru dan dengar cerita hubungan mereka ada masalah. Kadang-kadang, aku meluat apabila membaca semua statusnya dalam Fac. Menggelikan!”

Sebaik sahaja sahabatku itu diberhentikan sekolah, lain pula Nur katakan:

“Aku kasihan melihat nasib Siti. Siapalah agaknya yang menabur fitnah terhadap dia, ya? Kejam sungguh! Nasib baiklah dia akan mengambil ujian di sekolah kita lagi. Aku rasa aku ingin melawat ke rumahnya setiap hujung minggu untuk mengajar dia Geografi dan Bahawa Melayu”

Seandainya benar kau jujur bersahabat dengan Siti dahulu, mengapakah kau sanggup menceritakan yang buruk-buruk tentang dia tatkala dia berada di sekolah ini, Nur? Mengapakah kau tiba-tiba sahaja berubah lagak baik dengan mengambil berat terhadap Siti sebaik sahaja dia tiada di sekolah lagi? Seandainya kau benar-benar jujur dalam perhubungan ini, aku tidak akan berjauhan sepert ini.

Dan kisahku yang masih panjang

Menambahkan berat yang memandang

Lantas ku pendam

Kuputuskan biarlah rahsia..

Pernahkah kau bermimpi

Seketika berada di tempatku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience