BAB 4

Romance Completed 645

Disebabkan Abirah masih lemah, Alfian memutuskan untuk mengambil cuti
selama dua hari untuk menjaga Abirah. Selepas pulang dari klinik
semalam, Abirah tidak mahu menjamah apa-apa makanan pun. Risau Alfian
dibuatnya. Akhirnya Alfian memutuskan untuk menelefon ibu mertuanya
untuk bertanyakan hidangan apakah yang membuka selera Abirah ketika
gadis itu sedang demam.

“Assalamualaikum, ma. Mama sihat?” tanya Alfian mesra.

“Waalaikumussalam, menantu mama! Mama sihat, kamu dengan Ira macam
mana?” balas Saadiah ceria. Alfian tersengih. Ibu mertuanya itu cukup
sayang dengannya. Kerana dialah satu-satunya menantu wanita itu.

“Afi sihat je ma. Ira yang tak sihat. Dia demam,” balas Alfian dengan
suara gusar.

“Ya Allah, sayang mama demam? Sejak bila?” tanya Saadiah bimbang.

“Sejak petang semalam. Tapi, Afi dah bawa dia ke klinik dah. Cuma,
sampai sekarang ni Ira tak nak makan. Afi tak tahu nak buat apa dah,”
gumam Alfian. Kedengaran Saadiah mengeluh di talian.

“Sayang mama memang macam tu, Afi. Tapi, kamu jangan risau. Kamu buatkan
dia kek coklat je. Dia mesti nak makan,” ujar Saadiah. Bulat mata Alfian
mendengar kata-kata ibu mertuanya.

“Kek coklat?” tanya Alfian tidak percaya. Kedengaran suara Saadiah ketawa.

“Ya. Kek coklat. Sejak kecil lagi, kalau Ira sakit dan tak selera makan,
mama akan buatkan dia kek coklat. Lepas makan kek coklat je, dia terus
selera nak makan benda lain,” jelas Saadiah. Walaupun masih tidak
percaya, Alfian hanya mengangguk.

“Tapi, kek tu kamu kena buat sendiri. Bagi dia makan masa panas-panas.
Baru dia nak makan. Kalau kamu beli, dia tak akan makan,” tambah Saadiah
lagi.

“Oh. Macam tu. Kalau macam tu, Afi akan buatkan Ira kek coklat. Terima
kasih mama. Assalamualaikum,” balas Alfian lalu menamatkan talian. Dia
termenung sebentar.

“Singa suka makan kek coklat? Nak yang panas-panas pula tu. Ceh,
/demand/betul isteri kau Afi. Nasib baik aku pandai masak,” gumam Alfian
sendirian sambil tersengih mengenangkan kemanjaan Abirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience