BAB 3

Romance Completed 645

Alfian pelik apabila melihat Abirah terbaring lesu di atas sofa ruang
tamu rumah mereka pada jam 7 petang begitu. Kenapa Abirah tidur di situ?
Selalunya jika gadis itu mahu tidur sekalipun, dia pasti akan tidur di
bilik. Perlahan Alfian mendekati Abirah yang sedang tidur lena. /Brief
case/di tangannya diletakkan di atas meja. Dia duduk di hadapan sofa
sambil menatap wajah Abirah. Lembut tangannya membelai rambut isteri
yang dicintainya itu. Alfian senyum mengenangkan hidupnya bersama
Abirah. Walaupun mereka sering sahaja bertelagah, namun Abirah seorang
isteri yang baik sebenarnya. Alfian memberanikan dirinya untuk menyentuh
wajah Abirah. Namun tatkala menyentuh sahaja wajah Abirah, dia terkejut
kerana suhu badan Abirah yang begitu panas. Barulah dia tahu kenapa
Abirah berbaring di situ. Rupanya isterinya itu mengalami demam panas.
Dia perlu membawa Abirah ke klinik. Jika tidak, demamnya akan bertambah
teruk.

“Awak, bangun,” gesa Alfian. Perlahan Abirah membuka matanya.

“Kenapa? Pukul berapa ni?” tanya Abirah jalu. Alfian melepaskan nafasnya
gusar.

“Dah Maghrib ni. Awak demam. Jom saya bawa awak pergi klinik,” ujar
Alfian prihatin. Mendengar perkataan klinik, Abirah segera menggeleng.

“Tak nak,” pantas sahaja jawapannya. Alfian menggeleng. Dengan perasaan
nekad, dia terus mengendong Abirah. Abirah yang lemah tidak berdaya
tidak mampu melawan.

“Awak nak bawa saya ke mana ni?” tanya Abirah lemah. Alfian tidak
menjawab. Dia segera membawa Abirah ke kereta. Setelah memasuki kereta,
Alfian segera menghidupkan enjin.

“Nanti. Nanti,” arah Abirah lemah. Alfian menoleh.

“Kenapa?”

“Tudung. Awak nak biar orang tengok aurat isteri awak ke?” ujar Abirah.
Baru Alfian teringat. Disebabkan terlampau kaget, dia sampai terlupa
bahawa Abirah tidak memakai tudung.

“Sekejap saya ambil,” balas Alfian lalu tergesa-gesa turun. Tidak lama
kemudian, dia memasuki kereta dengan membawakan tudung Abirah. Namun dia
lihat Abirah sudah tidak berdaya dan memejam matanya. Pantas dia
menyarungkan tudung itu di atas kepala Abirah. Entah mengapa, jantungnya
berdegup kencang saat menyarungkan tudung itu di kepala Abirah. Bukan
Alfian sahaja merasakan debaran itu, Abirah yang sedang lemah itu juga
turut merasakannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience