BAB 2

Romance Completed 645

Sudah genap tiga bulan tempoh perkahwinan Alfian dan Abirah. Namun,
mereka hidup bagaikan orang asing. Alfian tidur di biliknya sendiri.
Abirah juga begitu. Jika diikutkan hati Alfian, dia memang tidak mahu
hidup begitu. Namun, Abirah yang mahukan begitu. Dia hanya mampu
menurut. Dia faham situasi Abirah. Gadis itu perlu menghabiskan
pengajian tahun akhirnya diperingkat ijazah. Ibu bapanya pula memaksa
dia terikat dengan komitmen perkahwinan. Disebabkan patuh, Abirah hanya
menurut. Namun, Alfian pula yang menjadi mangsa tempat Abirah
melontarkan tunjuk perasaan. Nama sahaja lelaki yang sudah berkahwin,
tetapi dia masih hidup seperti lelaki bujang. Alfian punya alasan
tersendiri kenapa dia bertahan. Pertama, kerana tidak mahu menghampakan
ibu bapanya dan juga ibu bapa Abirah. Dan kedua, dia sudah mula
menyayangi Abirah sewaktu dia melafazkan akad lagi. Jadi, tidak kira
bagaimana buruk sekalipun layanan Abirah terhadapnya, dia tetap akan
mempertahankan rumah tangga mereka dan berdoa agar pintu hati Abirah
terbuka untuk mencintainya.

“Awak,” sapa Abirah. Alfian yang sedang termenung jauh, tersentak.
Pantas dia menoleh Abirah yang sedang memandangnya.

“Kenapa?” tanya Alfian. Abirah membuat muka bosan. Matanya kelihatan
memandang sesuatu.

“Tu. Awak goreng telur ke rentungkan telur?” tanya Abirah sambil matanya
memandang terus ke arah telur yang sedang rentung di dalam kuali. Alfian
pantas mengalihkan pandangannya ke arah kuali yang berada di hadapannya.
Terkocoh-kocoh dia menutup api lalu mengangkat kuali yang penuh dengan
asap yang berkepul-kepul itu ke dalam sinki. Abirah hanya memandang
perbuatan Alfian sambil berpeluk tubuh. Alfian terkulat-kulat apabila
bertembung dengan pandangan sinis Abirah.

“Awak tak pergi kolej lagi?” tanya Alfian. Abirah geleng.

“Kelas /cancel/. Yang awak pergi rentungkan telur ni, awak tak pergi
kerja ke?” balas Abirah. Dia mengetatkan mukanya seketat yang boleh
walaupun dia sudah tidak tahan ingin mentertawakan Alfian. Alfian
tersengih bagai kerang busuk.

“Saya kena terus pergi /site/ hari ni. Jadi, saya ingat saya nak sarapan
/benjo/sebelum pergi /site/. Tak sangka pulak jadi macam ni,” ujar
Alfian. Akhirnya Abirah ketawa terkekeh-kekeh. Alfian memandang pelik.

“Kata pandai sangat masak. Ni apa cerita goreng telur pun rentung? Awak
berangan apa? Nasib baik tak terbakar satu rumah,” bebel Abirah setelah
tawanya reda. Dia yakin pasti Alfian berangan kerana dia tahu Alfian
memang handal soal masak memasak. Panjang muncung Alfian.

“Habis tu, ada isteri pun isteri tak boleh buatkan sarapan,” perli
Alfian. Bulat mata Abirah memandang Alfian apabila dia disindir begitu.

“Awak tak minta saya buatkan. Macam mana saya nak buatkan?” getus Abirah
geram. Alfian mencebik.

“Eleh. Kalau saya minta awak buatkan pun, belum tentu awak nak buatkan,”
ejek Alfian. Abirah menjeling geram.

“Baiklah encik suami. /Meh/ saya buatkan sarapan untuk awak ya,” balas
Abirah lalu menolak Alfian ketepi dan mencapai kuali untuk menggoreng
telur. Alfian memerhati dalam senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience