BAB 1

Romance Completed 645

Alfian kaget apabila melihat Abirah berterusan menangis. Semakin
lama semakin kuat. Dia bimbang jikalau ibu bapa mereka yang tidur di
bilik bersebelahan mendengari suara tangisan Abirah. Tidak pasal-pasal
nanti dia pula yang dipersalahkan. Alfian hanya mampu memandang
isterinya itu. Dia benar-benar mati akal. Tidak tahu bagaimana mahu
memujuk Abirah supaya berhenti menangis.

“Err, awak. Kenapa menangis ni?” lembut suara Alfian bertanya. Abirah
tidak memandang namun begitu tangisannya mulai reda sedikit. Selepas
mengelap airmatanya, dia mengangkat muka memandang Alfian. Dia bagaikan
tidak percaya malam itu dia bakal tidur bersama Alfian. Lelaki yang
hanya dikenalinya seminggu sebelum pernikahan mereka berlansung. Alfian
senyum. Abirah kaget. Apakah maksud senyuman Alfian? Adakah lelaki itu
berhajat untuk melakukan apa yang lazimnya sepasang suami isteri
lakukan? Kecut perut Abirah.

“Awak. Awak nak buat apa kat saya?” tanya Abirah tergagap-gagap. Alfian
sengih. Dia duduk bersebelahan Abirah. Pantas Abirah menjarakkan
kedudukan sambil menghalang Alfian daripada mendekatinya dengan bantal.
Berkerut kening Alfian melihatkan tindakan Abirah. Mata Abirah sudah
bulat memandang Alfian.

“Buat apa? Kenapa dengan awak ni?” tanya Alfian pelik. Dada Abirah
berdegup kian kencang.

“Awak tahu kan, saya kenal awak seminggu sebelum kita nikah. Berbual pun
sikit-sikit. Jadi, saya. Saya tak sedia lagi untuk,” ujar Abirah.
Kata-katanya terhenti. Alfian hanya memandang.

“Untuk apa?” tanya Alfian. Abirah meneguk air liur. Dia tertunduk malu.

“Untuk tulah. Ish,” getus Abirah. Alfian ketawa. Abirah pantas memandang
wajah Alfian.

“Kenapa awak ketawa?” tanya Abirah. Alfian sengih.

“Habis tu, kalau tak buat tu. Kita nak buat apa?” Alfian sengaja
mengusik. Tidak semena-mena Abirah memukulnya dengan bantal. Terkejut
Alfian dibuatnya.

“Ish, /pervert/!” getus Abirah geram lalu memalingkan muka daripada
Alfian. Bulat mata Alfian mendengarkan kata-kata Abirah.

“Apa awak kata? Saya suami awak dan saya berhak ke atas awak tahu?”
balas Alfian geram sambil memandang Abirah yang sedang buat muka mencebik.

“Kita kahwin bukan atas dasar cinta. Tapi atas permintaan keluarga.
Walaupun awak suami saya, awak tak berhak paksa saya!” balas Abirah
sambil memandang Alfian dengan mata terjengil. Alfian pula yang
mencebirkan bibir kali ini.

“Ceh! Saya pun tak ingin! Walaupun saya tak boleh paksa awak, awak tak
patut panggil saya /pervert/. Saya buat betul-betul baru tahu,” cemuh
Alfian semula. Besar mata Abirah. Dia mengetap giginya geram. Begini
rupanya perangai suaminya. Pada pertemuan pertama nampak sahaja macam
“/cool/”.

“Kalau awak tak ingin baguslah. Dahlah, saya nak tidur. Huh!” rengus
Abirah lalu berbaring sambil membelakangi Alfian. Alfian mencebik. Dia
tidak sangka Abirah agak kasar orangnya. Pada pertemuan pertama nampak
ayu sahaja sehingga terpikat hatinya.

“Ceh! Tak sangka, aku kahwin dengan singa rupanya. Huh,” gumam Alfian
sambil merebahkan badan bersebelahan Abirah lalu melelapkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience