BAB 6

Romance Completed 645

Berangin satu badan Abirah hari itu. Baru sahaja dia ingin melayan
Alfian dengan baik. Muncul pula makhluk yang tidak diinginya. Seminggu
selepas dia sembuh daripada demam, Alfian membawanya ke rumah ibu
mertuanya. Dan dia tidak menyangka perkara sebegini terjadi kepadanya.

“/Kek coklat abang Afi sedaplah/. /Nurul suka/!” terngiang-ngiang
kata-kata pujian sepupu Alfian itu di telinga Abirah. Mendidih hatinya.

Sepanjang perjalanan pulang, Alfian lihat wajah Abirah masam mencuka.
Muncungnya pula panjang sedepa. Apa kena dengan isterinya itu? Selepas
sembuh daripada demam, baik sahaja layanan Abirah terhadapnya. Hari ni,
mengapa Abirah kembali menjadi dingin pula?

“Awak, kenapa ni? Masam je,” ujar Alfian perlahan. Abirah memalingkan
wajahnya.

“Saya penatlah. Awak /drive/ cepat sikit boleh tak? Ish,” rungut Abirah.
Berkerut kening Alfian. Selalunya Abirah bising jika dia memandu laju.
Hari itu, disuruhnya Alfian memandu laju pula?

“/Okay/,” itu sahaja jawab Alfian. Dia tidak mahu bertekak dengan Abirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience