BAB 31

Romance Completed 42543

NASH memandang Malikha dengan pandangan tajam. Dia menyandarkan badannya di dinding. Matanya setia memerhati setiap pergerakan Malikha.

Malikha yang perasan dirinya diperhati terus bertanya. "You kenapa hubby? "

"Come here. " arah Nash.

"Huh? " blur Malikha.

"I said. Come. Here! " dengan lebih tegas.

Malikha yang merasa perubahan pada Nash mula berasa tidak sedap hati. Perlahan dia mendekati Nash.

"Ye hubby? " tanya Malikha takut-takut.

"I perasan you sekarang kerap keluar dengan alasan abang you sakitlah apalah. You ada rahsia apa-apa daripada I ke baby? " soal Nash dingin.

Malikha mula terkelu. "Mana ada rahsia apa-apa. Hubby terlalu fikir berlebihan ni. Betul lah Lia pergi jumpa Mika. Kalau hubby tak percaya pergi tanya Mika. "

"Ok." Nash mula menelefon Mikael. Malikha hanya melihat Nash yang berbual di telefon dengan gugup.

"Ok hubby percaya. Tapi jangan ingat hubby tak perhatikan you. Jadi jangan berani rahsiakan apa-apa. Kalau hubby tahu you berahsia, siap you! " amaran Nash sebelum balik ke bilik kerjanya semula.

Malikha setatik di tempatnya.

•••

MALIKHA yang baru ingin masuk ke butiknya tiba-tiba disapa.

"Hai Lia! " sapa Afiq.

"Afiq? Apa you buat dekat kawasan butik I? " tanya Malikha pelik.

"I saja nak jumpa you. " Afiq tersenyum manis.

Malikha berasa tidak selesa. Dia ingin cepat-cepat mengakiri perbualan mereka.

"Ouh sorry lah. Sekarang masa kerja mungkin lain kali. " Malikha terus berpusing dengan pantas tapi tanpa sedar ada lelaki yang membawa kotak-kotak hingga mukanya tidak kelihatan. Malikha kaku, lagi beberapa saat dia akan dilanggar.

"Eh Lia! " Afiq terus menarik tangan Malikha dan tanpa sengaja Malikha jatuh kedalam pelukannya.

Malikha terkedu. Baru sahaja dia ingin meleraikan pelukan terdengar jeritan seseorang.

"MALIKHA STELLIA!! " Nash memandang pasangan dihadapannya dengan tajam.

Malikha terkejut. Dia terus menolak Afiq dengan laju. "Hu-hubby."

"Apa yang kau buat ni?! Oh jadi selama ni kau curang! abang kau tu hanya alasan untuk kau jumpa dia kan?! " Nash mengetap rahangnya.

"Tak! Ni salah faham! " Malikha terasa ingin menangis je sekarang.

"Salah faham apa?! Aku nampak dengan mata aku sendiri kau berpelukan dengan jantan ni! " Nash menghampiri Malikha.

"Eh tak bro! Kau salah faham ni. Aku nak selamatkan dia je. " Afiq yang melihat keadaan yang semakin menegang mula masuk campur.

"Kau diam! Dari dulu lagi aku perasan kau asyik jumpa bini aku! " Afiq beralah.

"Kau ikut aku!! " Nash menarik tangan Malikha dengan kasar.

"Sa-sakit hubby! " adu Malikha.

"Sakit lagi hati aku! " Nash terus menarik Malikha bersama tanpa menghiraukan kesakitan Malikha.

Malikha mengeluh pasrah. Habis lah dia. Semua ni salah jantan bongok tu! Dah tahu aku dah kahwin nak jugak kacau!!
.
.
.
.
.

pendek sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience