MALIKHA merenggangkan badannya. Setelah 15 jam 40 minit dia duduk dalam kapal terbang, kebas habis badannya.
"Abang nanti kita tidur dekat hotel mana? " soal Malikha.
"Zante Atlantis Hotel, baby. Jom! " Nash menarik bagasi Malikha, begnya disangkut di bahu. Dia bawa galas je, yang lebih dia sumbat dalam bagasi Malikha.
Mereka berdua menaiki kereta yang disewa Nash ke Zante Atlantis Hotel.
•••
MALIKHA terpegun melihat kecantikan Zante Atlantis hotel.
"Cantik nya! " teruja Malikha.
"Cantik kan? Kau tunggu sini kejap, Aku pergi check in. " Nash terus berlalu.
Malikha hanya menunggu Nash sambil memerhati keadaan hotel didalam.
"Dah, jom! "
Mereka berdua terus menaiki Lif untuk ketingkat bilik mereka.
•••
HARI ni mereka berdua akan pergi ke Venice terlebih dahulu. Malikha tercengang dengan kecantikkan Venice. Jadi jakun pulak dia.
Venice adalah bandar unik yang telah dibina di kawasan lagun dikelilingi oleh Laut Adriatic. Terletak di Timur Laut Itali, Venice merupakan gugusan dari 118 pulau yang berhubung dengan jambatan yang cantik dan terusan yang menakjubkan. Terusan yang sangat terkenal adalah Grand Canal yang telah membahagikan bandar menjadi dua bahagian.
Banyak sekali filem-filem terkenal menjadikan Venice sebagai latarbelakang set pengambaran yang sangat cantik serta tema karnival bertopeng antara perayaan yang selalu disambut disini. Venice kerap sesak dengan orang ramai tetapi ianya sangat berbaloi untuk dikunjungi kerana ia mempunyai mercu tanda yang indah seperti Tapak Saint Mark dan Basilica.
Venice merupakan tempat yang sangat ingin Malikha pergi kerana di Venice ada jambatan yang popular.
Beberapa gambar telah mereka berdua ambil. Setelah membeli sedikit mereka berdua balik ke hotel bila hari semakin gelap. Keesokannya mereka pergi ke Cinque Terre.
Cinque Terre yang bermaksuk "Lima Tanah" merangkumi lima kampung iaitu Riomaggiore, Manarola, Vernazza, Monterosso dan Corniglia.
Terletak di kawasan persisiran pantai barat laut Itali di Liguria, kampung yang terdapat di sini memberikan ciri-ciri landskap yang sangat cantik di Itali termasuk tebing curam dan teres-teres wain yang terbentuk beratus tahun yang lalu.
Antara yang menarik perhatian pelancong yang datang adalah laluan pendakian yang telah digunakan berkurun lama dan ia memberikan pemandangan tepi pantai yang sangat menakjubkan.
Laluan Biru adalah laluan yang berturap menyambungkan lima kampong ini bersama dan ianya sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur.
Terletak di barat daya wilayah Itali iaitu Campania, Pantai Amalfi menjadi tarikan utama kerana kecantikan yang luar biasa. Terbentang luas 30 batu sepanjang Sememanjung Sorrento, Pantai Amalfi memberikan ia kelebihan dari segi laluan pantai yang sangat cantik dengan pantai yang bersinar, curam batu, taman pokok lemon, villa pelbagai warna serta resort yang bergaya.
Salah satu bandar yang sangat romantik bagi pasangan yang datang untuk berbulan madu di Pantai Amalfi adalan Positano dengan pantai berbatu cantik, rumah pastel dan pemandangan gunung memukau.
Salah satu bandar terbesar, Amalfi memberikan ciri-ciri plaza yang indah dengan restoran di samping bandar Ravello mendapat tarikan dari taman cantik dan hasil seni yang ada di situ.
Malikha sangat terpegun dengan kecantikkan tempat yang mereka kunjungi. Nash hanya menggeleng bila melihat Malikha yang jakun semacam. Setelah membeli untuk family mereka memilih untuk berehat di hotel
Percutian mereka semakin berlanjut dengan melewati tempat-tempat menarik yang lain seperti Rome, Pompeii, Milan, Sicily, Daerah Tasik Itali, Naples dan Tuscany.
.
.
.
.
.
same cuma tertukar
Share this novel