BAB 14

Romance Completed 42543

MALIKHA menyiapkan dirinya sebelum turun kebawah, dia memilih crop top dengan skirt jeans.

Malikha turun kebawah untuk berjumpa Nash di cafe yang terdapat di hotel yang mereka menginap.

Setelah ternampak kelibat Nash dia terus meluru ke sana.

Malikha tersengih bila Nash melihat dia dengan pandangan yang tajam sebaik saja dia berada dihadapan Nash.

"Kenapa masam je muka abang ni? Piyed eh? " gurau Malikha.

"Piyed kepala hotak kau! Kau duduk! " dingin Nash menyuruh.

Malikha memuncung. "Jangan lah marah. "

"Kau diam! "

"Ish abang ni! Kalau suruh Lia diam baik tak payah suruh Lia join abang! " marah Malikha balik.

"Aku pun tak ingin kau join! Aku cuma nak cakap, daddy mommy dengan Noah dah pergi dulu ke Pulau Perhentian. " beritahu Nash.

"Kenapa tak ajak Lia pergi sekali? " Malikha mengerutkan dahinya.

"Kau yang tak bangun bangun! Orang dah kejut tak reti nak bangun! " Nash menunjal dahi Malikha.

"Tak pasal pasal aku yang kena tunggu kau! Menyusahkan ! " rengus Nash.

"Eleh! Kalau tak ikhlas baik tak payah! Lia boleh naik grab! " rajuk Malikha.

"Tak payah mengada nak naik grab! Aku yang kena dengan daddy nanti! Dah jom cepat! " Nash mula bangun dari kerusi diikuti Malikha.

"But wait! " Nash memutarkan badannya kearah Malikha..

"Apa? " tanya Malikha pelik.

"Kau takde baju ke sampai pakai singlet je ni? Tak malu ke? " sindir Nash.

"Suka hati Lia lah nak pakai apa pun! " balas Malikha tak suka dirinya diperlekehkan.

"Memang kau boleh jawab macam tu pun bila kena soal dengan malaikat nanti. " ucap Nash selamba.

Tersentap Malikha, dia menunduk. "Lia tahu lah tak boleh senang-senang bagi lelaki bukan mahram tengok aurat Lia tapi Lia tak terbuka hati lagi nak berubah. "

Nash memandang Malikha dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Slow-slow berubah. Ramai yang support kau. Aku pun tak suka kau terlalu terdedah macam ni. Nah ambik jacket aku ni, pakai. " Nash menghulurkan jaket denim nya kepada Malikha.

Malikha menyambut huluran Nash dan memakainya.

"Dah jom, nanti lambat sampai. " Nash berjalan mendahului Malikha.

Malikha terkedek-kedek mengikuti Nash dari belakang.

•••

MALIKHA sedang bersantai di tepi pantai seorang diri. Selepas saja mereka semua berseronok di Pulau Perhentian mereka semua balik semula ke hotel. Sekarang sudah senja, jadi Malikha memilih untuk tengok pemandangan di pantai.

"Kau suka duduk seorang seorang ek? " tegur Nash tiba-tiba di sebelah Malikha.

"Eh abang ni! Suka datang mengejut! " Malikha mengusap dadanya.

"Suka hati aku lah! " Nash melabuhkan duduk nya di sebelah Malikha.

Seketika keadaan mereka berdua sepi tanpa bicara. Kedua-duanya dalam dunia masing-masing. Menghayati keindahan tuhan dengan perasaan tenang.

"The moon is beautiful, isn't it? " celah Nash.

Malikha tersenyum nipis, bulan tak sempurna lagi bentuknya.

"Yes and, the sunset is beautiful, isn't it? " selepas menuturkan kata hatinya yang terpendam, Malikha bangun berdiri.

Nash terdiam mendengar bicara Malikha.

"I'm sorry...... Nash Hyder. " ucap Malikha perlahan sebelum meninggalkan Nash keseorangan di pantai.

Nash memandang ke arah pantai dengan pandangan kosong.

"I'm sorry but I swear I hate the sunset. I will throw away the 'sunset' " Nash berkata datar.

"Nobody know me" Nash memejamkan matanya, perlahan senyuman sinisnya terbentuk.

"I'll start it,cutie. You want me to start it first. Don't blame me if I cut the line. "
.
.
.
.
.

ok

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience