MALIKHA memandang anaknya yang bermain pasir di pesisiran pantai. Sudah 2 tahun berlalu dan bermakna anaknya pun sudah berusia 2 tahun. Malikha berasa bersyukur kerana tuhan menghadirkan sosok yang membuat hari yang dilalui penuh dengan warna-warni. Walaupun Malikha masih tidak move on dengan kehilangan suaminya tapi dia cuba untuk tampak bahagia di hadapan anaknya.
Tak tertanggung bahagianya melihat wajah suci anak perempuannya yang bernama Nasha Stelliana gabungan dari namanya dan nama Nash. Masih dia ingat lagi tahun dimana dia ingin melahirkan anaknya. Punya kalut lagi-lagi abang sulungnya. Dia punya kalut paling tak rilek. Boleh pulak dia datang ke hospital dengan kain pelekat dan singlet je yang tersarung dibadan tak ditambah lagi dengan kaki ayam. Sumpah masa tu semua tak mengaku dia ahli keluarga siap tuduh si Mikael ni orang gila yang sesat. Habis abangnya ditarik pegawal hospital. Dia yang mendengar cerita tu dari Mir'aish memang tak boleh kawal gelakannya.
Dan alhamdullilah hubungan dia dan abang keduanya berakhir dengan baik. Mir'aish sendiri yang datang berjumpa dengannya. Dia pun tak menyimpan dendam buat apa nak bermasam muka?
"My! My! " panggilan anaknya mematikan lamunan Malikha.
"Ye sayang? " Malikha mendukung anaknya yang kemetot.
"Look! Look! Erang! Aca umpa erang! " Nasha menunjuk cengkerang yang diambilnya.
"Wow! Cantiknya! Pandai anak mummy ni memilih. " Malikha mencium pipi anaknya geram, dia punya pipi boleh buatkan semua obses! Tembam sangat!
"Ofcos! I'm Aca! Mummy daughter! " bangga Nasha berbicara, tak padan dengan umur.
"It's of course sayang not ofcos. " Malikha menggeleng bersama senyuman.
"No! It's ofcos! I'm always right! " marah Nasha dengan pelatnya.
Malikha tergelak, nasib dia lah dapat anak yang tak reti mengalah.
' Hubby, Our daughter has grown up. She has become your cutest child. I really hopes you're with us right now. But it's nonsense, right? '
•••
DI suatu tempat yang berada tidak jauh dari tempat Malikha berada kelihatan seorang lelaki yang memakai mask serta topi memandang kearah mereka berdua.
"You two are so adorable." Dia tersenyum, melihat kedua bidadarinya bahagia sudah cukup untuk buat dia bahagia walaupun sekadar dari jauh.
"Sampai bila bro? " celah seorang lelaki tiba-tiba.
Tanpa memandang dia sudah tahu gerangannya. Dia tersenyum nipis. "Aku pun tak tahu. "
"Kau tak kesian ke dekat Malikha? Aku tak suka tengok adik aku sedih. Kau kalau tak jumpa dia tahun ni jugak aku berani bersumpah aku akan pisahkan kau dengan Malikha. Aku tak sanggup tengok dia kesepian macam tu. " amaran Mikael.
"Kau jangan sampai macam tu! Aku tak sanggup kehilangan dia! " terkejut Nash mendengar amaran Mikael.
"Padan la dengan kau! Kalau tak nak hilang dia,jumpa dia tahun ni! Kalau tak say bye-bye to your cutie. " sinis Mikael sebelum berlalu meninggalkan Nash.
Nash mengeluh, sejak dia jumpa dengan Mikael makin tak tenteram hidup dia. Asyik diugut je. Nash kembali mengingati kejadian semasa Mikael bertemu dengannya.
Flashback
.
.
.
.
.
ha muncul dah dia
Share this novel