SIMINGGU sudah berlalu sejak kejadian dia pengsan oleh olah Nash sendiri. Kehidupan mereka berjalan seperti biasa, sibuk dan jadual terlalu padat. Yelah dah bercuti seminggu mesti kerja terperap kan?
Begitu lah kejadian di butik Malikha. Rasa menyesal juga tinggal kerja lama lama tapi nak buat macam mana? Family trip kan?
Malikha merengangkan pinggangnya. Berjam-jam dia bertungkus lumus menyiapkan lakaran dress terbarunya. Sekarang pun dah pukul 11 malam. Nampaknya dia kena stay butik lah malam ni.
Malikha mengeluh. Dia mengambil telefonnya. Malikha hidupkan semula telefon yang dia matikan sebab taknak diganggu.
Nah! Berdenting terus telefonnya. Banyak misscall dan mesej.
30 misscall
"Aik? Asal dia call aku sampai 30 kali ni? "
Malikha mendail nombor Nash dan menelefonnya.
"Hel-"
"Kenapa kau tak angkat call aku tadi? Asal aku call tak dapat? Kau kat mana ni? Kau tak balik lagi ke? Dah malam ni? "
Malikha terkebil-kebil. Kau! Dia main serang soalan sobat!
"Satu satu lah abang, ish! Lia matikan fon tadi. Lia still kat butik and Lia stay butik sampai esok. " balas Malikha satu persatu.
"Kau seorang ke kat butik tu? "
"Ye, yang lain dah balik tinggal Lia seorang je kat butik ni"
"Aku ambik kau! "
"Eh? Tak-"
TUT!
"What the-dia matikan macam tu je? Ish mamat ni asyik menyakitkan hati aku je tahu! Nasib dia tu abang kalau tak dah lama aku bagi kaki! " Malikha menghempas kasar telefonnya.
•••
MALIKHA memandang banggunan tinggi dihadapannya dengan keluhan. Terpampang besar nama syarikat.
NHANS HOLDING
Disebabkan Nash lah dia terpaksa jejak kan kakinya di tempat yang paling dia tak suka.
Boleh pulak Nash tu tertinggal briefcase dia kat rumah. Lepas tu dia pulak dimintakan untuk hantar beg ni kat tuan dia.
Dengan terpaksa Malikha melangkahkan kakinya ke dalam syarikat daddynya. Masuk je dalam, semua perhatian difokuskan ke arah dia.
Siapa je tak kenal pemilik butik yang terkenal di persada dunia kan? Ditambah pulak dia merupakan satu satu nya anak perempuan pemilik syarikat yang merupakan top 10 terkaya.
Disebabkan ini lah dia malas nak jejak kan kakinya di sini. Semua orang akan pandang dia. Malikha pula jenis yang tak suka dipandang orang.
Cepat-cepat Malikha melangkah masuk ke lif vip dengan kad yang dimilikinya. Dia menekan tingkat yang paling atas iaitu tempat untuk yang berjawatan tinggi sahaja.
Sebaik sahaja lif berhenti di tingkat yang ditekannya, Malikha terus keluar dan pergi ke bilik yang menempatkan ceo.
Sampai sahaja di hadapan pintu bilik ceo, Malikha terus membuka pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Dah PA dia takde, dia terjah jela.
"Stellia! Where's your manner? " tanya Nash dingin.
"Oops! Sorry ganggu!" Malikha senyum bersalah, patut pun PA dia takde, duduk kat dalam bincang dengan big boss rupanya.
"Masuk! " Malikha yang ingin keluar terus membatalkan niatnya .
Malikha mengambil tempat di sofa yang disediakan di office Nash.
"Ok Fik, kau boleh keluar. "
Malikha hanya diam menunggu PA Nash keluar.
Selepas sahaja PA Nash keluar dia terus menerpa Nash.
"Nah! Briefcase abang! " hulur Malikha.
"Oklah Lia balik butik dulu! " ucapnya selepas Nash menyambut hulurannya.
"Wait, kau masuk butik lepas waktu lunch nanti. Sekarang kau duduk je kat dalam office aku ni. Nanti kita lunch berdua. Duduk! " arah Nash.
"Tapi-"
"I. Said. Sit. Down! " amaran Nash.
"Ok! " Malikha terus patuh dengan arahan Nash bila suara dia dah berubah.
Nash tersenyum nipis dalam diam.
"It's not hard to tame you"
.
.
.
.
.
<3
Share this novel