BAB 15

Romance Completed 42543

MALIKHA mengeluh. Buat sekian kalinya dia membaca mesej yang dihantar Nash.

"Kenapa dia ni?! Tak faham ke buat-buat tak faham! " Malikha mendengus.

TOK TOK!

"Siapa pulak main ketuk pintu aku malam buta macam ni?! " Malikha dengan malas membuka pintu bilik hotel tanpa melihat siapa diluar.

Malikha bertindak ingin menutup semula pintu selepas melihat kelibat Nash didepan pintu nya. Belum sempat dia menutup pintu Nash sudah menghalang terlebih dahulu. Nash melangkah masuk ke bilik Malikha dengan tatapannya menghala ke arah Malikha tanpa lepas.

"Ish apa ni abang?! Keluar lah! " Malikha berusaha menolak Nash keluar dari biliknya.

"Kenapa kau tak balas chat aku? " Nash perlahan mendekati Malikha dengan tatapan yang menggerunkan.

"Suka hati Lia lah nak balas ke tak! Abang nak sibuk kenapa?! " Malikha perlahan mengundur ke belakang. Takut takut dia pun reti membalas lagi.

"Aku dah cakap kau jangan cabar aku! Aku dah bagi masa untuk kau balas mesej aku tapi nampaknya kau tak reti menghargai peluang yang ada. " Nash bertindak memeluk pinggang Malikha.

"Eh?! Abang lepas lah! Orang tak nak lah macam ni! " Malikha berusaha melepaskan tautan Nash.

Nash membiarkan Malikha meronta di pelukannya. Perlahan dia mendekatkan wajahnya di leher Malikha. Nash menyembamkan mukanya di leher Malikha.

Malikha terkedu. Dia takut dan.... berdebar. Terasa nafas nya tersekat bila lehernya dapat merasai hembusan nafas Nash. Malikha rasa dunianya seperti berputar sebelum perlahan-lahan kabur dan terus gelap.

Ya dia pengsan!

•••

MALIKHA perlahan mencelikkan matanya. Malikha ingin bangun untuk mengambil telefonnya.

'Eh? Asal berat pulak ni? '

Malikha berkerut dahi. Dia meraba badannya.

PAK!

'EHHH?! '

"TANGAN?! " Malikha dengan kalut melihat pemilik tangan yang sedap landing atas dadanya.

"ARGGHHH!!! " Malikha bertindak dengan menendang manusia di sebelahnya.

BUK!

"Aduh! Binatang mana yang berani tendang aku ni?! " marah manusia yang ditendangnya.

'Eh? Macam kenal je suara ni? '

Malikha bertindak mengintai kebawah.

"Abang?! " Malikha dengan gelabah membantu Nash bangun.

Nash menepis kasar tangan Malikha. "Yang kau tendang aku dah kenapa gila?! "

"Eh! Abang tu la yang gila! Tidur sekali dengan Malikha dah kenapa?! Kita ni adik beradik angkat tau! Bukan mahram! Berdosa tau tak?! " bebel Malikha.

"Pandai pulak kau cakap pasal dosa, pakaian kau tu dah macam menjual diri tu tak dosa ke? nak kata kau miskin elok je daddy bank in duit dalam bank kau seribu sehari. " balas Nash datar.

Malikha memandang Nash dengan geram. "Hey Nash Hyder! Menasihati tak semestinya perlu cermin diri! Dalam Lia menasihat, Lia juga boleh perbaiki diri Lia! Abang tu takde hak nak cakap macam tu! Lia masih ada maruah diri! "

"Oh really? Look like I care? " dengan selamba Nash melintasi Malikha untuk masuk ke bilik air.

Malikha memandang geram pintu bilik air yang sudah ditutup Nash dari dalam.

"Arghhh! Nash Hyder memang gila! I hate you!! " Malikha melempar bantal ke pintu bilik air dengan pekikannya.

"I HATE YOU TOO! Hahaha... " laung Nash dari dalam bilik air dengan gelakan mengejeknya.

"Fuh! Sabar Lia! Orang cantik kena sabar! " Malikha mengukirkan senyuman paling manis  untuk dirinya.
.
.
.
.
.

hi<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience