MALIKHA memandang Nash dihadapan. Selepas kejadian Nash meluah dekat dia, Nash kelihatan lebih senyap berbanding yang sedia kala.
"Ermm... Hubby? " Nash memandang Malikha.
"Ye? "
"Lia nak tanya boleh? " soal Malikha hati-hati.
Nash hanya mengangguk.
"apa jadi dengan hubby selepas hubby lari tu? " Malikha memandang Nash berharap Nash memberi tahu dia.
"Hubby accident. Koma selama setahun dan hilang ingatan dua tahun. " datar Nash.
Terbuntang biji mata Malikha. Koma setahun?!
"Serious lah! Teruk nya! "
"Macam tu lah jadi. Nak buat macam mana? Dah takdir. " kosong Nash menutur.
"Ouh. Err... Kalau kawan hubby tu apa nama dia? " tanya Malikha berhati-hati.
Kelihatan Nash terdiam. Kaku badannya tak bergerak.
"Kalau hubby taknak bagitahu takpe! Lia tak kesah! " sambung Malikha.
Dia terus menyambung menonton siaran dihadapan.
"Mir'aish." Sepatah Nash.
Terus mengeras Malikha. Dia memandang Nash terkejut.
"Apa nama panjang dia? " tanya Malikha terus.
"Mir'aish Syazriq. Nama ayah dia hubby tak tahu. Dia tak pernah nak bagitahu. " terang Nash lebih jelas.
Malikha terdiam. Nash mengalih pandangannya.
"Kenapa? " pelik Nash melihat Malikha yang terdiam.
"Ouh takde apa! Cuma nama dia macam pernah dengar. Mungkin nama hampir sama kut." Malikha terus memeluk lengan Nash supaya Nash tidak menanyakan dia soalan lagi.
"Ouh." Nash kembali menonton tv.
Mata Malikha melekat di tv tapi fikiran dia menerawang ke tempat lain.
'Shit! '
•••
SEORANG gadis kelihatan sedang menunggu seseorang di tempat yang sunyi.
"Mal! Sorry lambat! " tegur seorang lelaki.
Gadis bernama Mal mengalihkan pandangan. "Pahal lambat sangat bodoh! Lama aku tunggu! Ni mana Mike, Mir? "
"Entah mamat tu! Kejap lagi sampai lah kot! Macam lah kau tak kenal abang kita tu macam mana. " balas Mir.
"Ha tu dia! Panjang umur! " Mir dan Mal memandang Mike.
"Sorry weh, jem tadi. "Jelas Mike.
" jem kepala otak kau! Aku pergi tadi takde nya jem! Lagipun kau guna motor bongok! " tempelak Mal.
"Alah rilek lah! Aku singgah berak tadi. "
Mal menjeling Mike kemudian dia beralih memandang Mir.
"So malam ni kita ada job. " beritahu Mal.
"Job yang macam mana? Membunuh ke? " tanya Mir.
"Tak! Kali ni kita kena rampas balik barang yang dicuri. "
"Eh cuba kau terang lebih terperinci! Aku peninglah! " celah Mike.
"Eii bengaplah kau ni bang! " Mal menampar lengan Mike perlahan.
"Macam ni! Dato' Razman minta tolong kita untuk menangkap dalang yang mencuri file penting dalam syarikat dia. Semalam aku dah cari dengan detail. Aku dapat tahu pencuri tu merupakan kawan baik Dato' tu sendiri. Nama dia Dato' Fikri dan aku dapat tahu dia edar dadah. So sekarang aku nak kita serbu tempat dia. Dari apa yang aku tahu, malam ni dadah terbaru dia sampai dan mesti dia ada sekali kat tempat tu. Jadi aku nak kita serbu dan tangkap dia. Faham? " jelas Mal.
"Ouhh! Faham faham! " Mike mengangguk-angguk.
"Kau dah bagi tahu atasan aku ke belum? " tanya Mike.
"Dah! Aku dah bincang dengan dia tadi sebelum jumpa korang. Dia pun setuju dengan rancangan aku. Nanti kita serbu dulu, atasan kau dengan geng dia akan tolong selepas keadaan tak terkontrol. Kita akan dapat file Dato' Razman tu bila kita dapat tangkap dia. " jelas Mal lagi.
"Ok so kita gerak pukul berapa? " soal Mir yang dari tadi mendiamkan diri.
"Pukul 10 kita gerak sebenarnya tapi takkan aku nak gerak masa suami aku tak tido lagi. Kantoi lah! Tu yang aku risau ni! " buntu Mal.
"Macam ni! Apa kata aku berlakon sakit then minta kau tolong jaga aku. Yela aku kan duduk seorang mesti suami kau bagi punya. " cadang Mike.
"Boleh jugak! Ok nice! " Mal menepuk tangan.
"Ok kita jumpa malam ni! Aku balik dulu! " Mir mula ingin melangkah.
"Wait! " halang Mal.
Mir berhenti. "Apa? "
"Angah, sampai bila kau nak menyorok ni? Aku kesian tengok dia macam tu. Aku tak boleh lah tengok dia macam tu. " tanya Mal.
"Sampai keadaan yang mengizinkan. Aku akan buat dia keluar dari dunia ciptaan dia tu. " balas Mir.
"Tapi macam mana? " keliru Mal.
"Kita cipta semula kejadian yang buat dia jadi macam tu." Selamba Mir.
"WHAT?! " jerit Mike dan Mal.
"Ish jangan jerit lah! " Mir menutup telinganya.
"Kau gila ke angah? Macam mana nak ulang semula doh! Dia dah dewasa! " Mal memandang Mir tak percaya.
"Aku guna kan anak aku. Kita buat scene tu real. Lagipun sekarang memang ada yang cuba hancurkan hidup aku. Jadi aku akan umpan anak-anak aku supaya dia masuk dalam perangkap aku. " jelas Mir.
"Weh kau bodoh ke?! Hana setuju ke? Bahayalah bodoh! Kalau tak menjadi macam mana? " marah Mike tak setuju.
"Aku trylah pujuk Hana. Mesti dia faham. "
"Tapi ngah, macam mana nak buat dia ada dalam kejadian tu? " soal Mal.
"Alah kau ni! Suami kau kan hacker! Aku acahlah minta tolong dia. Dia pun takkan cam aku." Terang Mir.
"Ouhh-eh?! Hacker?! Sejak bila!? " Mal terkejut.
"Kau tak tahu? Seriously? Suami kau dah lama kerja hacker ni. Dia hacker paling terpengaruh kut. Code name dia, Lord25. " Mal terlopong.
"Lord25! Idola aku rupanya suami aku sendiri?! " Mal menjerit tak percaya.
"Woi chill sikit! Ok lain kali kita bincang lagi perihal ni. Sekarang kita fokus dengan kes baru ni. Aku balik dulu. Jumpa malam ni. " Mir terus berlalu pergi tanpa sempat mereka menghalang.
Mal memandang Mike. Mike memandang Mal.
"Kau pahal? Pergi lah balik! Aku nak jumpa suami aku. Byeee! " dengan selamba Mal meninggalkan Mike keseorangan.
"Ish tahu lah dah kahwin tapi tak payah lah nak menunjuk sangat! Ni dah kenapa? Aku yang keluar dulu diorang dua yang kahwin dulu! Mana aci! Mana pergi jodoh aku ni?! " keluh Mike seorang diri.
.
.
.
.
.
ni pun sama.
Share this novel