BAB 6

Romance Completed 606

“Ini timbalan pengerusi,” kata Hazis sambil tersenyum memegang Kamal
di sebelahnya. Dia seolah-olah seperti agak terkejut. Mungkin secara
kebetulan terlanjur katanya yang ingin menunjuk-nunjukkan ideanya.

Dia banyak bercerita menunjukkan kebanggaannya. Hazis sengaja
tersenyum kononnya bersetuju dengan ceritanya yang menunjukkan dia hebat
dalam kisah-kisah yang diceritakannya itu,. Di dalam hati Hazis terasa
sangat risau tentang sikapnya di dalam beberapa peristiwa yang
diceritakannya itu adalah tidak berpatutan dan pasti akan menyusahkannya
di kemudian hari.

“Ramai orang yang macam ni, hanya tahu bercakap sahaja, di belakang
mesyuarat memang banyak sangat ceritanya, tetapi dalam mesyuarat hanya
akan diam membisu, hanya dia sahaja yang betul, bila tidak pegang
jawatan sering ada lah yang diperkatakannya, bila memegang jawatan pula
satu perkara dan rancangan pun tidak menjadi, apa pun tidak dibuatnya,”
Hazis teringat kata-kata Encik Hamid suatu ketika dahulu ketika dalam
mesyuarat.

“Ada pula orang bila dalam mesyuarat menjadi tikus, lepas mesyuarat jadi
lalat cakap itu dan ini, dialah yang menjadi orang yang paling bising
apabila selesai mesyuarat,” Encik Hamid menambah

“Itu memang benar,”fikir Malik .

HAZIS dan Haiman menghantar kumpulan kanak-kanak yang datang sembahyang
berjemaah di masjid mereka. Hari ini abang Syazirrahman iaitu Razak tidak
ada. Mungkin dia ada urusan lain. Razak telah pun berumur 15 tahun.
Mereka minta untuk ditemankan pulang kerana takut akan anjing yang mahu
mengejar mereka.

“Anjing itu mengejar kamu?”tanya Hazis kepada Syazirrahman

“Ya! semua kami takut malam semalam, bila kami mahu melalui semak itu
anjing itu menunggu kami, lama juga kami berhenti sebentar sehinggalah
anjing itu masuk semula ke dalam semak,”jawab Syazirrahman

“Sebelum kami sampai di semak tu, Razak baling semak tu pakai batu,”adu
Iqbal yang baru berumur sembilan tahun kepada Malik .

“Oh! patutlah, ibu anjing tu cuma risaukan anaknya diganggu, jikalau
kamu tidak mengganggunya, dia cuma akan menyalak terhadap kamu untuk
menakut-nakutkan kamu supaya tidak mengganggu anak-anaknya yang baru
lahir,” terang Malik . Haiman daripada tadi asyik dengan permainan
telefonnya masih ketinggalan di belakang berjalan bersama mereka.

Hazis maklum lokasi anjing itu. Dia tahu bahawa anjing itu baru sahaja
selesai melahirkan anak di dalam semak berhampiran perdu pokok durian
yang berada di tepi jalan raya itu. Ianya akan dilalui mereka sebentar
lagi. Mungkin anjing betina itu takut anak-anaknya diganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience