BAB 1

Romance Completed 606

HARI semakin tua. Mungkin tua tidak dapat menggapai dirinya. Malik
bersantai bersama Madlan dan Haiman . Datang sekumpulan orang yang entah
tidak dikenalinya daripada mana. Apabila terus meneliti, rupa-rupanya
dia kenal beberapa orang dari gerombolan itu

“Eh, salam dahulu, janganlah sombong-sombong pula,”pinta Hazis pada
seorang yang dia kenali. Dan beberapa orang remaja dalam gerombolan itu
tersenyum malu. Hazis cuba berpesan pada seorang daripada mereka yang
dia kenali.

“Nanti bagi tahu ayah awak ada majlis gotong royong di masjid, mungkin
dia tidak tahu,”kata Hazis padanya. Matanya yang sepet membesar
sejenak kerana terkejut. Di hadapannya ada seorang pakcik. Mungkin
pakcik itu yang membawa mereka di kedai kopi berkenaan.

“Sudah ada ahli jawatan kuasa baru bagi pertubuhan masjid tu,”kata
Hazis sebentar tadi kepada pakcik itu. Pakcik itu diam seolah baru
mengetahui.

“Bila mesyuarat akan diadakan?”tanya pakcik itu.

“Siapa pakcik ni? kenapa dia bertanya tentang sesuatu yang tiada kaitan
dengannya?”Hazis bingung.

“Pakcik tinggal di Kampung Siantan?” tanya Malik . Dia sangat yakin
baru pertama kali bertemu dengan pakcik itu. Dia tidak mengenalinya.
Sedangkan pakcik itu adalah orang yang telah berkali-kali dia berurusan
dengannya.

“Ya, saya tinggal di rumah yang baru dibina,” jawab pakcik itu
seolah-olah baru juga berkenalan dengannya. Mereka seolah-olah baru
berkenalan.

“Bila mesyuarat diadakan?” soalnya lagi. Hazis bingung. Orang yang
tidak dikenalinya bertanya berulang kali.

“Nanti jikalau ada mesyuarat, pengerusi akan maklumkan melalui telefon
sahaja,”Hazis menjawab ringkas. Mindanya bertanya sambil matanya
mengamati wajah pakcik itu. Memang dia tidak cam mana-mana orang yang
dikenalinya.

“Siapa dia ni?”fikirnya lagi. Hazis kebingungan dalam suasana bising
gerombolan yang datang tadi yang bercakap dengan kuat sesama mereka
ditambah dengan suara Madlan dan Haiman yang tengah bercerita hal keduniaan.

“Oh, mungkin pakcik ni tinggal di bandar dan mungkin selalu mengikuti
perkembangan di Kampung Siantan,” tanggapan Hazis masih lagi
terawang-awang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience