BAB 7

Romance Completed 606

“Abang Malik , kenapa tidak ada buat belajar Tahfiz di sini?”tanya
Syazirrahman sambil mengalihkan perhatian Hazis terhadap masjid yang masih
boleh dilihat di belakang mereka. Mereka baru sahaja bergerak.

“Oh! tidak ada orang yang pandai dan layak mengajar di sini, nanti
kamulah yang mesti belajar jadi Tahfiz atau pun orang Alim, kemudian
kamu bolehlah mengajar di sini nanti,” jawab Hazis memperkuatkan lagi
semangat mereka untuk belajar dan menjadi Tahfiz.

“Abang Hazis tidak boleh ajar?”tanyanya lagi.

“Saya tidak boleh lagi sebab belum banyak ilmu, nanti saya akan sambung
belajar lagi banyak-banyak ilmu agama, kemudian barulah boleh mengajar,”
Hazis menjawab dalam keadaan serba salah kerana itulah yang patut
dicapainya pada masa sekarang. Cuma ianya belum ditakdirkan lagi.

“Alangkah baiknya jikalau sekarang ini aku menjadi seorang Tahfiz atau
orang Alim dalam peringkat umurku muda begini,”detik hati Malik

“Namun ketentuan Tuhan adalah yang terbaik walaupun kita masih belum
mendapat jawapannya, walaupun tidak kena dan memuaskan hati tetapi semua
yang baik itu datangnya daripada Allah, akal dan fikiran kita sebenarnya
tidak sampai ke mana dan ada hadnya,” Hazis teringat nasihat Ustaz Ilhan

Hazis sedang memain-mainkan basikalnya perlahan. Dia menolak
basikalnya dengan kakinya walaupun terdapat pengayuh. Di belakangnya
tertinggal Haiman , Syazirrahman , Firdaus dan Iqbal. Haiman berada di belakang
sekali masih melihat telefonnya.

Sebentar tadi Firdaus baru meminta untuk turun daripada duduk membonceng
basikal di bahagian hadapannya. Dia mengadu sakit punggung. Selang
beberapa minit Iqbal pula mengadu sedemikian dan meminta untuk turun.
Kini tidak ada yang memboncengnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience