BAB 4

Romance Completed 606

HAZIS duduk di dalam bas. Tiba-tiba bas itu hendak berhenti.
Dilihatnya Azizan iaitu anak Pakcik Kahar menahannya yang ketika itu
berada di perhentian bas.

“Mungkin hari ini dia tidak dihantar ibunya ke sekolah, sebab itu dia
naik bas,”fikir Malik . Azizan mencari tempat. Kemudiannya dia duduk di
sebelah Malik .

“Apa khabar?”Tanya Hazis sambil bersalaman

“Baik,”jawab Azizan sambil tersenyum simpul. Mereka diam seketika. Bas
terus bergerak laju. Hazis memulakan perbualan

“Hari tu saya benar-benar tidak kenal ayah kamu, mungkin sebab dia cukur
misainya,”Hazis tersenyum. Azizan turut tertawa kecil

“Tidak mengapa,”jawab Azizan

“Masa tu ayah kemu ada pakai tangkal, tangkal apa tu?untuk perubatan
tradisional rasanya bukan?” Hazis cuba menjangka.

“Oh! tangkal itu untuk sakitnya, dia ada sakit darah tinggi dan banyak
lagi, saya pun kurang arif mengenainya,”terang Azizan.

“Ohh, rupanya macam tu,”benarlah tanggapan Hazis bahawa rantai
berloket hitam itu untuk tujuan perubatan. Namun hakikatnya bukan rantai
tangkal itu penyembuhnya. Hanya Tuhan yang boleh menyembuhkan sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience