BAB 3

Romance Completed 606

“Nampak rantai tu?”Tanya Hazis pada Madlan dan Haiman . Semasa mereka
bergerak pergi tadi kelihatan pakcik itu menyembunyikan rantai tadi di
dalam kalungan bajunya. Mungkin dia perasan reaksi Hazis dan berasa
agak segan.

“Pelik bukan? siapa yang selalu pakai rantai macam tu?”sambung Malik .

“Itu macam rantai Orang Cina,”jawab Haiman .

“Ya, betul, rantai itu hanya selalu dipakai oleh orang-orang cina
sahaja,”Hazis menjawab di dalam hati. Dan di dalam fikirannya perkatan
itu disambung.

“Cuma Orang Cina yang bukan muslim sahaja memakainya,” detik hati
Malik . Dan begitulah sebenarnya seratus peratus sama, dan seolah-olah
itulah dia. Cuma pemakainya orang Islam. Agak menyedihkan. Semuanya
berasal pada kebergantungan kepercayaan.

“Apa yang istimewa pada rantai seperti itu?”soal Hazis pada Madlan dan
Haiman ketika di dalam keretanya.

“Seolah ada suatu kuasa atau makhluk yang mendinding kita daripada
bahaya pada rantai itu, dan mungkin sudah dibacakan mentera padanya,”
jawab Madlan

Selalunya batu kristal sering diperkatakan untuk tujuan perubatan
tradisional kerana mempunyai cas dan aura masing-masing mengikut
jenisnya. Sebab itu ianya dipakai. Namun, jikalau untuk tujuan perubatan
mestilah selalu dipakai di mana-mana. Bukannya hanya pada masa-masa
tertentu sahaja.

Baru hari ini Hazis ternampak pakcik itu memakainya. Itupun ketika
makan malam di restoran pada waktu malam. Untuk ditunjuk pada siapa dan
pelindung daripada apa sebenarnya.

Seolah-olah rantai itu telah dibaca-baca untuk tujuan perlindungannya.
Ataupun dia tidak perasan pakcik itu memakainya sebelum ini. Namun,
memang dia tidak pernah melihat pakcik itu memakainya sebelum ini.

“Betul ke rantai boleh melindunginya?”fikir Malik . Baru diletakkan di
leher pun menunjukkan ia bergantung pada leher kita untuk dilengkapkan
kegunaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience