BAB 8

Romance Completed 606

“SYAZIRRAHMAN , rumah kamu di mana?” tiba-tiba terdengar suara Haiman yang
berjalan seiring dengan Syazirrahman . Mungkin dia sudah selesai bermain
permainan telefonnya.

“Saya tidak ada rumah,” jawab Syazirrahman selamba seolah bergurau. Mungkin
itulah yang muncul di benaknya secara spontan. Walaupun kedengaran
sedemikian, namun ianya mempunyai maksud yang sangat dalam bagi Malik .
Dia faham situasi yang melanda keluarga Syazirrahman yang menyebabkannya
berkata sedemikian.

“Oh! tiada rumah..,”jawab Haiman selamba. Mungkin Haiman kurang mengetahui
berkenaan keluarga Syazirrahman . Oleh itu dia tiada tanggapan apa-apa tentang
jawapan tadi.

Dia cuba melayan Syazirrahman sebaik mungkin seperti mana dia melayan
kanak-kanak yang lain. Sekadar bualan mulut kerana dia tidak mengetahui
hal yang sebenarnya. Keluarga Syazirrahman sebenarnya baru sahaja berpindah
di kampung mereka.

“Kasihan mereka dua beradik,” terdetik di dalam hati Malik .

Kanak-kanak sementah itu menjawab solan dengan matang. Mungkin secara
kebetulan. Malah dia seolah-olah faham situasi yang dihadapinya. Sering
kali mereka akan berpindah tempat tidur.

Beberapa hari mereka berada di rumah ibu mereka. Beberapa hari pula
berada di rumah ayah mereka. Seolah mereka tidak mempunyai apa-apa dan
hanya menumpang kepada kedua ayah dan ibu mereka yang telah mempunyai
keluarga masing-masing. Walau bagaimanapun, Tuhan itu amat adil.

Mungkin bahagian itu kekurangan bagi mereka. Tetapi di bahagian yang
lain mereka diberi sempurna. Begitulah kehidupan di dunia fana.
Semestinya sentiasa berujian dan seolah dikatakan tidak adil. Namun,
hakikatnya manusia masih belum faham mengenainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience