BAB 5

Romance Completed 606

HARI ini adalah hari Jumaat. Hazis solat Jumaat di pekan. Imam sedang
membaca khutbah. Kelihatan khatib yang membaca Khutbah itu memjamkan
matanya. Dia seolah-olah pitam.

“Sudah! ini kali kedua khatib itu seakan pitam di atas mimbar,”fikir
Malik . Kelihatan khatib itu terus juga membaca khutbahnya seolah-olah
berharap akan dapat terus menghabiskan kata-kata barisan khutbah itu.

Akhirnya pembacaan khutbah diteruskan dengan lancar. Tiba-tiba khatib
itu bermandikan peluh dan berehat di atas kerusi. Perkara sama telah
berulang lagi. Apakan daya semua di atas kekuasaanNya.

Khatib itu memberi isyarat menggeleng-gelengkan kepala. Dia tidak
memaksa dirinya lagi. Imam yang satu lagi mengambil alih menyambung
pembacaan khutbah itu. Baru beberapa minit pembacaannya tadi dengan
tersekat-sekat

“Astagfirullah halazim, aduh! kenapa pula otak aku berpinar-pinar?
terasa mahu pitam tadi, hatiku mahu meneruskannya namun otakku yang
berpinar-pinar ini pula seakan melarang aku meneruskan pembacaan,”
terdengar suara Khatib itu mengadu pada iam yang satu lagi setelah
selesai sembahyang.

“Biarlah apa orang kata, memang sukar untuk aku teruskan lagi pembacaan
tadi, kepalaku berpinar, mabuk dan sukar untuk aku melihat, takut
apabila teruskan aku akan pengsan pula seperti dahulu, mungkin sudah
ketentuanNya,” khatib tadi mengadu lagi.

“Tidak mengapa imam, di atas tu memang panas, dahulu saya juga selalu
seperti itu, tetapi setelah biasa dengannya, saya dapat atasinya,” kata
imam pengganti tadi.

“Bukannya dia minta berlaku sedemikian,” fikir Malik . Keadaan menjadi
seperti sediakala.

DI kala keramaian majlis kenduri arwah ketua kampung.

“Kalau akulah pengerusi masjid tu, pastilah aku akan letak penghawa
dingin, berapalah sangat jikalau dihitung semua kosnya,” kata Ramlan
menyatakan pada Kamal di hadapannya. Hazis duduk di sebelah Kamal.

“Ya, itu amat elok,” kata Hazis selamba. Cuaca agak panas dan
seolah-olah hujan akan turun pada petang nanti.

“Siapa pengerusi masjid?” tanya Ramlan yang meramalkan Hazis adalah
pengerusi masjid dengan maksud lirikan matanya menurut firasat Malik .

“Encik Hamid,” Hazis menjawab

“Ini bukan apa, cuma cakap-cakap sahaja,” katanya yang hanya
mengeluarkan pendapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience