BAB 6

Mystery & Detective Completed 1767

Adrina yang menyangka bunyi tapak kaki orang tersebut adalah abangnya yang sedang mencarinya berkekeh-kekeh ketawa gembira kerana abangnya bakal kalah dalam permainan ini.

Sementara itu Adnan mencari adiknya di segenap penjuru rumah sambil melaung-laung nama adiknya.

Puas diselongkarnya semua almari, kabinet dapur, bawah sinki, setiap bilik tidur, stor, bilik mainan dan perpustakaan namun batang hidung Adrina tidak kelihatan.

“Kenit! Kenit! Hoi Adrina mana kau dik? Sudah-sudahlah menyorok, abang da penatlah dik!” laung Adnan memanggil nama panggilan manja adiknya yang sudah hampir setengah jam tidak ditemui.

Tidak berpuashati, Adnan keluar pula cuba mencari Adrina di luar rumah, kali ini dia menerjah garaj, stor kecil di sebelah rumah, taman mini di belakang rumah, kawasan kolam renang namun kelibat adiknya itu tidak juga ditemukan.

Puas dia melaung nama Adrina namun tiada sahutan. Adnan masuk semula ke dalam rumah cuba mencari Adrina di bilik pakaian ibu mereka kerana itulah satu-satu tempat yang belum diperiksanya. Namun sebaik dia masuk ke bilik terebut, keadaan sunyi sepi.

Habis diselongkar dan dikeluarkan segala pakaian di setiap almari namun tetap juga tak menemui adiknya yang berusia enam tahun itu.

Bosan, bengang dan marah kerana gagal menemukan adiknya, Adnan akhirnya keluar bermain dengan kawan-kawannya di padang permainan kawasan rumah tersebut sehingga lupa tentang adiknya.

Kerana sudah sejam Adrina menanti Adnan datang mencarinya, Adrina akhirnya keluar dari almari dan berjalan ke pintu, namun Adrina panik bila mendapati pintu gudang itu sudah dikunci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience