BAB 3

Mystery & Detective Completed 1767

Pada mulanya dia menuduh kemungkinan abang sulungnya Terry yang menyorok jam tangan tersebut, namun Terry menafikan malah memarahi Julianan menuduhnya tanpa sebarang bukti.

Meskipun mereka sering bertelagah dan abangnya itu kuat menyakat, namun Terry menayatakan bahawa permainan sorok barang adalah permainan lapuk.

“Macam budak-budak tau sorok barang orang dahlah kat bawah meja. Dibuatnya bibik tersapu tak pasal-pasal hilang pula hadiah daripada oma ini,” marah Juliana.

“Hey elok sikit ya perangai, jangan cuba nak tuduh sesuka hati.. Tak ada masanya abang nak sorok jam tangan kamu tu, macam budak tadika je nak sorok-sorok. Lagipun apa abang dapat dengan sorok jam tangan hadiah Oma tu pada kamu? Baik abang sorok kamu je dalam kotak dan hantar ke Afrika!” perli Terry sinis.

Namun belum pun habis kehairanan Juliana itu berakhir, malamnya ketika mereka sekeluarga sedang makan malam, secara tiba-tiba lampu ruang makan mereka mati, gelap-gelita dan apapun tidak kelihatan.

Juliana cuba mencari telefon bimbitnya untuk dijadikan sebagai lampu suluh yang diletakkan di atas meja TV dan jaraknya cuma beberapa langkah saja dari tempat dia duduk.

Ketika tangannya berjaya mencapai telefon bimbitnya, serta merta elektrik di rumahnya hidup semula. Tapi ia sama sekali tidak membuat Juliana gembira, malah menimbulkan kehairanan dalam dirinya.

Namun perkara tersebut dirahsiakannya kerana tidak mahu mengganggu kegembiraan kedua ibu bapanya yang sedang bergembira dan semakin bahagia selepas berpindah ke daerah ini memandangkan hubungan orang tuanya sebelum ini berdepan dengan krisis dek masing-masing sibuk dengan kerja hingga tiada masa untuk membina keluarga yang sempurna.

Jam menunjukkan jam 3 pagi, dalam keadaan yang masih mamai, Juliana turun ke tingkat bawah untuk minum, Sebaik balik ke semula ke bilik dia mendapati katil Maria kosong, Maria menghilang entah kemana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience