BAB 7

Mystery & Detective Completed 1767

Berkali-kali dia berteriak meminta tolong, memanggil-manggil nama Adnan namun tiada jawapan kerana Adnan masih bermain di padang. Adrina mula panik, dia cuba mengetuk-ngetuk pintu yang berkunci itu dengan pelbagai cara menggunakan alat perkakas yang terdapat di gudang itu namun kudrat si kenit itu tidak berhasil.

Adrina mula panik hingga dia menangis, terpekik terlolong berjam lamanya kerana mulai panik tatkala keadaan gudang mulai menjadi kelam dek fajar yang mula berlabuh dan dalam keadaan gudang yang gelap gelita itu, malang tidak habis menimpa budak perempuan itu apabila Adrina secara tak sengaja tersadung dan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang hanya ditutup dengan kayu plywood, saiznya amat sempt hanya mampu memuatkan tubuh kenit Adrina.

Dek kerana kecederaan di kepala akibat terkena bucu yang tajam Adrina pengsan tidak sedarkan diri dan lemas kekurangan oksigen terperangkap di dalam ruang yang sempit itu.

Adnan pulang ke rumah diikuti oleh kedua ibu bapa budak perempuan malang itu yang belum lagi menyedari akan kehilangan Adrina. Adnan yang merasa bersalah dan ketakutan menceritakan tentang kehilangan Adrina.

Kehilangan Adrina itu mencetuskan kekecohan di seluruh kawasan perumahan itu, puas mereka sekeluarga mencari anak mereka namun tidak berjaya.

Pelbagai spekulasi dan tuduhan ke atas keluarga itu termasuk ada yang menyalahkan ibu bapa Adrina yang tega membiarkan anak mereka ditinggal di rumah tanpa penjagaan orang dewasa, hal tersebut memaksa keluarga budak perempuan malang itu berpindah.

Sehinggalah, Juliana dan Maria yang berjaya menemukan Adrinan yang sudah kaku, dingin dan tidak bernyawa.

Keadaan mayat kanak-kanak perempuan itu sungguh menyanyat hati dan sudah berbau busuk namun keadaan tubuhnya masih boleh dicam. Juliana dan Maria segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis dan sejam kemudian kawasan itu dikerumuni oleh pihak polis, orang ramai dan juga ahli kelurga Adrina yang mendapat tahu akan penemuan mayat anak mereka melalui pihak polis.

Ibu bapa Adrina begitu histeria melihat keadaan anak mereka, orang ramai pula yang menyaksikan kejadiaan itu ramai yang bersimpati kepada tersebut.

Dalam kekecohan dan suasana huru hara itu, Juliana dapat melihat kelibat arwah Adrina sedang duduk di sisi ibunya yang sedang menangis.

Si kenit itu menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya dan Juliana membalasnya semula, seketika kemudian, kelibat gadis itu menghilang.

Penemuan semula kehilangan si Kenit itu bukan sahaja merungkai misteri kehilangannya namun sekaligus melenyapkan segala tohmahan dan tuduhan orang ramai terhadap ibu dan bapanya yang dikatakan membunuh si ‘kenit’ kesayangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience