BAB 4

Mystery & Detective Completed 1767

Lalu Juliana ke luar bilik untuk mencari Maria. Namun sekilas pandang dia dapat melihat kelibat seorang kanak-kanak kecil sedang berlari menuruni tangga dan tak lama kemudia menghilang dari pandangan.

Juliana dapat mellihat dengan jelas kanak-kanak perempuan bertocang dua memakai jubah tidur warna putih paras lutut, riak wajah kanak-kanak berkulit pucat itu muram saja.

Juliana cuba memanggilanya namun jejaknya sudah tidak kelihatan sebaik Juliana menuruni tangga.

Juliana tetap mencari kanak-kanak itu dan mengikuti arah yang dirasakan dilalui kanak-kanak itu. Namun serentak itu juga Juliana teringat akan cerita dari beberapa orang jiran serta cerita-cerita yang disampaikan oleh teman-teman di sekolahnya tentang rumah tersebut yang menyimpan sejarah dan memori tersendiri.

Kononnya sebelum ini pernah beberapa keluarga berpindah ke rumah tersebut namun sayangnya cuma bertahan beberapa hari saja dan memutuskan untuk keluar dari rumah itu kerana tidak tahan sering diganggu oleh sosok kanak-kanak perempuan kecil.

Bagai berderau darah Juliana bila teringatkan akan cerita tersebut apalagi dia baru sahaja ternampak kelibat seorang kanak-kanak perempuan sebentar tadi.

Adakah kanak-kanak yang dilihat sebentar tadi adalah penunggu rumah ini yang sering mengganggu penghuni rumah ini seperti yang digembar-gemburkan?

Adakah kanak-kanak tadi manusia atau sebenarnya… Tiba-tiba kelibat kanak-kanak perempun itu berlari di hadapannya dan Juliana bingkas mengejar kanak-kanak tersebut.

Selepas sedari tadi guruh bersahutan di angkasaraya, hujan turun dengan lebatnya, riuh langit dengan pancaran kilat yang berdentam-dentum dan Juliana masih berlari mengejar kanak-kanak perempuan itu hingga ke pintu belakang namun sekali lagi kelibat budak perempuan itu menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience