BAB 1

Mystery & Detective Completed 1767

Malam ini gelap gelita tanpa sinaran sebutir bintang mungkin juga kerana sang hujan bakal menyapa kerana sedari tadi bunyi gguruh berdentam-dentum di langit, deruan angin malam bagai suara tangisan menambahkan suasana angker di malam itu.

Di sebuah rumah bangle yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan arkitek yang mengetengahkan rekaan rumah melayu Kuno dan sedikit sentuhan Minang, terdapat dua orang gadis bernama Juliana dan Maria.

Juliana adalah anak kepada pemilik rumah bangle tersebut. Dia tinggal bersama kedua orang tuanya dan seorang lagi abang. Kedua orang tua Juliana ketika itu sedang bercuti ke luar negara manakala abangnya pula bermalam di rumah kawannya.

Menambahkan kesunyian di rumah yang besar itu apabila kedua pembantu rumahnya Kak Tia dan suaminya, abang Samat bercuti kerana ada hal kecemasan di kampung.

Disebabkan itulah Juliana meminta sahabatnya, Maria bermalam di rumah menemaninya.

Kelihatan Maria sedang menuangkan air ke dalam sebuah gelas seraya meminumnya. Usai itu dia mematikan lampu dapur dan menninggalkan ruang dapur namun langkahnya terhenti apabila dia merasakan ada seseorang sedang berjalan di belakangnya.

Dia emnoleh ke belakang namun tiada siapapun. Bulu romanya terus meremang dek ketakutan. Segera dia kembali ke bilik tidur Juliana dan dia melihat Juliana sedang duduk di depan meja solek, bercermin sambil menyikat rambutnya yang panjang dan sesekali berdengung seakan-akan sedang bersenandung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience