BAB 5

Mystery & Detective Completed 1767

Saat itu jugalah Juliana terpandang akan sebuah bangunan yang usang di belakang rumahnya yang menyerupai sebbuah gudang. Juliana berjalan ke arah gudang itu dan perlahan-lahan membuka pintu bangunan usang namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Maria sedang terbaring tidak sedarkan diri.

Cepat-cepat Juliana mendapatkan Maria dan cuba menyedarkan kawannya itu. Sebaik sahaja Maria sedarkan diri tiba-tiba pintu gudang tersebut tertutup sendirinya dan serentak itu juga tulisan berwarna merah dengan perkataan ‘TOLONG’ timbul di dinding pintu itu. Mereka berdua berusaha untuk membuka pintu itu.

Terkejut bukan kepalang mereka berdua apabila melihat sekujur tubuh budak perempuan terbaring di sebalik timbunan barang-barang usang.

Mereka menghampiri budak perempuan tersebut dan Juliana cam wajah itu, itu adalah budak perempuan yang dilihatnya tadi.

Sebelum ini, rumah tersebut didiami oleh sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka, Adnan dan Adrina.

Pada suatu hari Adnan dan Andrian telah bermain sorok-sorok, memang itu adalah antara permainan kegemaran dua beradik itu dan mereka tidak pernah bermain melebihi kawasan halaman rumah dan dilarang menjejeakkan kaki kawasan gudang kerana jaraknya yang sedikit jauh dan agak berbahaya bagi kanak-kanak sekecil mereka.

Malangnya hari itu Adrina memilih untuk bermain di kawasan gudang, merasakan tiada tempat yang sukar dicari dia memilih untuk curi-curi masuk ke kawasan gudang itu dan menyorok di dalam sebuah almari. Adrina gembira dan berpuas hati, di dalam fikirannya pasti kali ini dia akan menang dalam permainan ini dan abangnya pasti sukar mencarinya.

Namun beberapa minit kemudian seorang tukang kebun yang dipertanggungjawabkan menjaga gudang itu melalui kawasan gudang itu telah mendapati pintu gudang terbuka dengan luasnya. Berang kerana menyangka pasti ada mat gian yang mencuri-curi masuk ke dalam gudang titu akhirnya merantai dan mengunci pintu itu tanpa memeriksa bahagian dalamnya lalu berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience