BAB 2

Mystery & Detective Completed 1767

Ketika sedang asyik menyikat rambutnya, Juliana dapat melihat dari cermin yang Maria memasuki bilik tidurnya lalu melabuhkan punggung di atas katil. Juliana mengajak Maria untuk berbual namun Maria hanya diam membisu tanpa sebarang respon. Maria terceegat di ataas katil dan tertunduk bagai sedang berfikir akan seuatu. Juliana hampa dengan respon sahabatnya itu namun dia cuba mendekati Maria bertanyakan jika Maria baik-baik saja.

Ketika dia sedang cuba untuk berbicara dengan Maria, tak semena-mena bahunya ditepuk oleh seseorang membuatkan Juliana kaget. Dia menoleh ke belakang dan diilihatnya Maria yang menepuk bahunya dari belakang.

“Wey kau sembang dengan siapa tu?” tanya Maria usai sahaja Juliana menoleh ke arahnya.

Juliana berpaling semula ke arah katil tempat di mana Maria yang dilihatnya duduk dan dia mendapati sudah tiada siapa di atas katil itu membuatkan Juliana menjadi hairan dengan perkara yang baru sahaja berlaku kepadanya malah sehingga kini soalan daripada Maria itu tidak berjawab.

Ini bukanlah kali pertama Juliana mengalami beberapa siri kejadian aneh dirumah itu. Rumah yang dibeli sebulan yang lalu oleh kedua orangtuanya.

Mereka berpindah daripada kota besar ke daerah itu memandangkan kedua orang tuanya ingin membina kehidupan baru di persekitaran luar bandar kerana merasakan ideal untuk membesarkan anak dengan suasana yang penuh dengan flora dan fauna.

Dia ingat lagi, pada hari pertama mereka berpindah, ketika dia sedang tidur di biiknya, lampu bilik tidurnya tiba-tiba mati. Berkali-kali ida menghidupkan lampu namun lampu itu kembali mati sendirinya.

Malas berfikir panjang memandangkan dia keletihan selepas seharian berpindah dan menempuh jalan yang jauh untuk ke daerah itu, Juliana tidur di bilik lain dan perkara tersebut berulang semula pada hari kedua.

Pada hari ketiga pula, ketika sedang bersiap untuk ke sekolah, Juliana mendapati jam tangan pemberian arwah neneknya telah hilang. Puas dia mencari jam tersebut, habis di selongkar seluruh biliknya namun jam itu tidak ditemui sedangkan dia yakin bahawa jam tersebut di letakkan di atas meja solek usai dia pulang daripada sekolah petang semalam.

Namun jam itu ditemuinya di bawah meja ketika mereka sekeluarga sedang bersarapan pagi dan ia menimbulkan kemusykilan pada Juliana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience