Bab 3

Horror & Thriller Completed 1123

Teh ’O' dan karipap yang dihidangkan itu tidak berusik langsung. "Sudahlah Anita, makcik tahu Anita sedih...tapi Anita kena tahu, makcik akan selalu ada dengan Anita...panggil sahaja makcik, mak Anum" pujuk wanita 50-an itu. "Jemputlah minum dan jamah kudap kudap tuh" pelawa mak Anum sambil tersenyum. Anaknya, Zara sudah enak tertidur di kusyen kayu rumah papan itu. "Terima kasih, mak Anum.Kalau tak ada mak Anum dan suami, saya tak tahu apa akan terjadi kat saya dua beranak" keluh Anita. "Jangan cakap macam tuh, ini waktu kamu susah, waktu kami susah tak tau lagi" ujar mak Anum menampakkan keikhlasanya. "Boleh mak Anum tahu, apa sebenarnya yang telah terjadi" tanya mak Anum. Anita mengeluh lantas memulakan cerita dari awal hingga akhir. Setelah beberapa minit bercerita, "oh begitu...jadi esok Anita dengan Zara boleh tumpang van buruk pakcik Ali tuh" ujar mak Anum sambil ketawa kecil. Pak Ali yang telah menyelamatkan Anita tadi hanya menganguk mengiakan. "Terima kasih" ucap Anita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience