Bab1

Thriller Completed 1147

"Kau dah banyak menyusahkan hidup aku,Nita.Kaulah isteri paling malang pernah aku jumpa" tengking Saiful. "Sampai hati abang cakap macam tu kat saya.Abang tak ingat ke janji-janji manis abang sebelum kita kahwin dulu.Dan lagi satu, abang tak ingat ker dah berapa ribu duit saya abang habiskan untuk pergi berjudi?" kata Nita dalam keadaan sebak menahan tangisan."Setakat berapa ribu tuh jangan risaulah aku boleh bayar.Sekarang aku cuma nak kau berhambus dari hidup aku.Kau anggaplah suami kau dah lama meningal" balas Saiful berasa yakin dengan kemampuanya. "Tapi abang,macam mana dengan Sarah,anak tunggal kita?kasihanlah kat Sarah tu bang" ujar Nita dalam keadaan separuh merayu. " Kira apa aku.Sekarang kau dengar ni, Nurul Anita Ahmad Khalid aku ceraikan engkau dengan talak tiga.Sekarang kau berhambus kau bukan isteri aku lagi.Pergi!!!" Saiful melafazkan kata kata itu sambil menolak Nita keluar dari rumahnya. "Abang..." hanya itu kata kata yang masih dapat dilafazkan olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience