Bab 9

Horror & Thriller Completed 1123

Segalanya bagaikan telah terhenti. Tiada lagi angin bertiup kencang dan pelbagai bunyi aneh. Anita tergamam apabila melihat dapurnya yang bagaikan 'tongkang pecah'. Anita lantas berlari ke biliknya.
Keesokan harinya, Anita bangun awal. Dia lantas mengetuk pintu bilik anaknya, Zara, "Zara, bukaklah pintu. Mak nak minta maaf atas sikap mak. Mak ada siapkan makanan yang Zara suka". Lantas, Anita membuka pintu bilik anaknya. "Ya allah, Zara!!" jerit Anita. Anita tergamam apabila melihat kesan gigitan berdarah di leher. "Kenapa ni Nita? ya allah cucu aku!!"nenek Kalsom terus mengalirkan air mata apabila melihat cucunya terbaring kaku. "Nita kenapa ni? Ya allah cucu aku" jerit nenek Kalsom lantas mengalirkan air mata. Anita bangun lalu berlari keluar untuk memanggil orang kampung.

*****************
Anita dan nenek Kalsom baru pulang dari tanah perkuburan. Anita berasa sedih dan kecewa atas pemergian anaknya. Dia tidak menyangka bahwa dia kini telah bergelar ibu tunggal. Namun, yang paling terkesan adalah nenek Kalsom. Semenjak dari tadi, dia hanya menangis teresak-esak seperti anak kecil. Anita cuba memujuk nenek Kalsom tetapi gagal. Dia hanya kekal begitu.
Keesokan harinya, Anita menemani nenek Kalsom di dapur. Dia menyuapkan bubur nasi kepada nenek Kalsom tetapi dia enggan. "Mak makanlah sikit bubur nih" pujuk Anita. "Mak takde selera " kata nenek Kalsom lalu berlalu ke ruang tamu. Anita hanya mampu mengiringi langkah nenek Kalsom dengan pandangan sepi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience