" Pendamping?" soal Anita lagi di dalam pemanduannya. "Qis, kau rasa seronok tak kalau ada pendamping?" tanya Anita. "Emmm, entahlah sebab bapak aku pernah cakap kalau ada pendamping susah nak dipisahkan, kalau kita mati 'dia' akan cari ganti macam dia akan pergi kat anak kau ker, mak kau ker...akhirnya habis keturunan kau digangu" ujar Balqis meresahkan hati Anita. "Kalau aku nak buang pendamping tu boleh?" serentak dengan itu kereta Anita telah terlanggar sesuatu. Lantas, Anita dan Balqis bergegas keluar dari kereta untuk melihat apakah yang telah dilanggarnya sebentar tadi. Anita menjerit apabila melihat sekujur tubuh terbaring kaku dalam keadaan berlumuran darah. "Weyh Nita, tu Saiful, orang yang kau langgar tu Saiful" kata Balqis sambil menekup mulutnya tergamam. Anita hanya berdiam diri, dia tidak menyangka hajatnya bakal ditunaikan secepat itu. Anita meratap menangis kerana dia telah menyebabkan seseorang maut walaupun itu impiannya. Dia pembunuh, PEMBUNUH. Anita berlari masuk ke dalam kereta sambil menangis, "qis tolong selamatkan aku. Kau tolong pandu kereta ni selaju yang mungkin. Aku taknak orang tahu aku ni pembunuh". Balqis hanya terdiam dan menurut kata Anita, kini bunyi deruan enjin terus terusan diselangi dengan esak tangis seorang wanita.
Share this novel