Bab 5

Horror & Thriller Completed 1123

Anita mula bekerja sebagai 'cashier' di kedai serbaneka rakanya. Ketika sedang tekun bekerja, Anita ternampak bekas suaminya, Saiful berjalan berdua-duaan dengan seorang wanita. Tiba-tiba, fikirannya terimbas kembali janji manis bekas suaminya itu, "sayang, andailah rumah tangga kita gagal abang pertahan
kan, abang akan setia mencintai Anita walau Anita bukan lagi isteri abang yang sah".Oleh itu,hati Anita remuk, bagai dihempas oleh batu besar. Selesai sahaja kerja, Anita terus pulang ke rumah. Sepanjang pemanduannya menuju ke rumah, dia hanya lebih suka termenung sahaja.Bahkan, sampai sahaja di rumah, Anita terus menuju ke biliknya tanpa bersalam dengan ibunya terlebih dahulu. Di fikirannya hanya satu, "di manakah tangungjawabnya kepada Zara?, anak kecil yang tidak tahu menahu apa-apa".

[Malam hari]
Malam itu Anita kerunsingan, dia tidak tahu mengapa dendam lada suaminya semakin meluap-luap. Lantas dengan itu, Anita mencapai telefon pintarnya lalu mendail nombor yang tertera nama 'Balqis'. "Hello, Anita bercakap, Qis boleh tolong teman aku tak? Kita gi rumah Wak. Kau kan pandai bab ni" ujar Anita memulakan perancanganya. Keesokan paginya, Anita dan Balqis bergegas pergi ke rumah Wak. Wak bukanlah seorang ustaz ataupun penceramah bebas, namun Wak adalah seorang bomoh yang memgamalkan ilmu-ilmu hitam yang dilarang di sisi agama. Sampai di rumah Wak, mereka duduk sambil tersenyum. "Wak tahu apa tujuan kedatangan kamu ke sini. Kamu ingin Wak hantar santau kepada bekas suami kamu sehingga mati, benar? " tanya Wak dengan serius. "Benar Wak.Tolonglah saya, saya dah tak sanggup lagi tengok dia hidup bebas di bumi ini. Biar dia rasa apa yang saya rasa" kata Anita separuh merayu. "Boleh, tapi dengan satu syarat " kata Wak berteka teki. "Syarat apa Wak, saya janji saya akan tunaikan" ujar Anita tanpa berfikir panjang. Lantas, Wak menghulurkan sebuah surat bertulisan lama kepada Anita, "sain surat itu". Tanpa menunggu lama, Anita menurunkan tandangannya. "Sudah Wak, tapi bolehkah saya tahu apa syaratnya?" soal Anita. "Jika Wak sudah mati, kamu akan menjadi pendamping seterusnya kepada saka belaan Wak ini" kata Wak sambil mengusap jangutnya. "Pendamping?" soal Anita di dalam hati terkejut berbaur sesalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience